Marathon : MPSJ RUN 2011

Penutup utk segala larian.

For this year lah...Nxt yr kalau masih ada kudrat start balik beginning of the year. Cewah semangat btl. Awal thn dh nk mula larian. Now pun dh hujung thn. Bila masa la nk jog. Asyik2 hujan je ptg. Mencari-cari alasan.

10km makin jauh jarak larian ni. Tema hijau. Sbb sponser by Herbalife. Dh mcm kaler corporate company aku je.

Lps subuh berdesup ke Subang. Naik highway. Line clear, mahluk2 lain masih berdengkur. Yang kelihatan dan sibuk berlari hanya kami mahluk berbaju hijau.

Lepas larian, apa yg sgt frust tkde sijil penyertaan. Hye! Dh la medal utk 20 places je. Dh sah2 tk layak, ni sijil pun tkde. Kedekut taik hidung masin. Berkali2 tanya kwn yg smp finishing line awal, betul ke tkde sijil. Tk puas hati.

Moralnya next time tgk T & C betul2. Alahai setakat sijil pun ssh ke nk bg. Nak simpan buat kenangan. Thn dpn mmg dh tk nk msk. Heheee.. berkira

10km bukan jarak mudah bg 'athlet' mcm aku ni...Tp berjaya juga dlm waktu yg dh set.



~Ceria dlm hijau. Mcm Shrek je~

 ~Masing2 muka tk puas hati~

~Hati tenang lepas minum Milo. Segarnya~

Till we meet again next year @ start line...

Destinasiku Wedding : Walimatulurus 2011

Tiap thn ada je wedding invitation.

Apa yang di harapkan dari Masjid yg baru di bina ni of course kebahagian selamanya. Itu yg di doakan untuk anda sekalian.

Iswandi & Yazidatul - 18 Sept

~Geng lepaking~

Org tgh sbuk beraya dorang sibuk pukul kompang hehee. Apa2 pun teman ucapkan kome berbahagia ye yop. Cpt2 buat anak. Sekali-kala turun la lepak. Nasib baik la teman ada kat KL. Dapatlah teman gi wedding kome yop.



Mardhiha Nadia & Suhaili Samadi - 12 Nov

 ~Us-best hsemate ever~

Gonna miss her lot. Our hsemate. Lepas ni akk masak and mkn sorang2. Tkde dh geng mkn sama. Ke Muar la mkn kenduri. Aiseh. bole pulak baru nk gerak balik hujan lebat. Terpaksalah tunggu hujan reda baru gerak ke destinasi ke2. 


Nurrul Aieen & Amir Hafiz - 12 Nov

~6 jahanam bikin kecoh~

Lepas Muar berdesup ke Tg Kling, Melaka. Dah lewat. Harap2 ada la makanan lagi. 3.30pm orang dh mula mengemas. Kiteorg geng 6 jahanam buat selamba makan. Lauk sedap beb, memang kena makan puas2 lah. Lagipun nk blk JB jauh. Biar perut terisi, baru senang hati. Yg ni officemate. So mmg wajib jugak kena attend. Nsb baik sempat jmpa pengantin. Sedia maklum lah zaman skrg pengantin lps je mkn hilang buat outdoor photoshoot. 

Selesai je singgah kejap Dataran Pahlawan. Beli dodol. Kalu pegi Melaka sure kena beli dodol. Tu mak pesan. Kalu tk beli nnt mak lari ke batu belah batu bertangkup. 

Terima kasih atas undangan.

A long journey and so so so tired.

Destinasiku Kerja : Team building lagi...


Sekali lagi kena attend team building but this time with different group. Malasnya...sbb semua indoor activities. Sengal rasanya otot.

Location tu jauh nun kat Pulau Langkawi. 2x team building, 2x ke Langkawi tahun ni. Apa nk di kisah semua di tanggung. Bwk duit skit utk beli coklat Daim. Itu wajib kena shopping.

Terbang ke sini dgn MAS. Lama betul tak naik MAS :) Alhamdulillah selamat smp.


Terpegun jap bila enter resort ni. Macam mana terpana dgn Burau Bay Resort dulu sama lah situasi kat sini. 

Zoom in....




Dah puas zoom in. Rest & Relax. Malam ni opening ceremony. Maka bermula lah sebagai tahanan 3 hari 2 mlm utk team building ni. Kira ok la semua aktiviti indoor tk membosankan.

Esoknya. 1st thing aktiviti morning breath. Elok la dr terperap dlm dewan. Kuarkan peluh bg cergas skit otak.



Antara aktiviti....



Closing kena buat persembahan. Alahai kena menari plak. Keras. hahahaa



Akhirnya selepas 3 hari, its time to go home. Lega rasanya. Before tu of course le mak2 orang sibuk shooping. Heran. Kat mana2 pun sure nk shopping sakan. Laksa yg ku cari..





Bye Langkawi. Ntah bila jejak kaki kat sini lagi.

Destinasiku Waterfall : Air terjun Sg Kedondong

Lokasinya jalan lama ke Genting ikut dr Ulu Yam. Tak sure betu/tidak namanya. Boleh lah tahan suasana kat sini. Nyaman & sejuk. Saje2 berkelah hujung minggu dgn anak2 buah *actually dipaksa*. Tapau nasi goreng, ayam grg, hotdog & karipap. Dah jom mandi!



Lepas ni kita try kat air terjun Sg Chiling kat Kuala Kubu Baru. Dulu penah camping kat sna *zaman muda*. Best. So nk try bwk anak2 buah. Kalu dpt camping lg best. Tp berani ke dorang tu nk camping dlm hutan. Makcik dia pun takut lah! hehee...

Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yg panjang boleh kita gi mandi lagi

Marathon : Siemen Run 2011

Lawak...dh bersungguh-sungguh daftar end up lari atas katil.

Nape bole jadi mcm tu? Penat keje. Ke hulu hilir. Keje yg perlukan drive long journey. Jumaat balik KL naik bas. Sabtu bwk mak jalan2. Balik lewat. Sedar2 esknya terjaga 6.45am. Kelam kabut subuh. Mmg dh tk sempat nk ke dataran. Call kawan yg akan bersama berlari. Mohon jutaan kemaafan. Kawan dh smp istana negara lagi malang nombor + baju ada kat aku. Maaf sekali lagi.


Hahaaaa....akhirnya berlari atas katil je. Frust sgt2. Sebab tu repeat masuk PIKOM RUN. Nasib baik ada larian. If not kempunan lah. Ajak la jugak kwn tu msk pikom run, dia tk nak. Takut pisang berbuah 2x la kot. Ahahaha

Marathon : Pikom Charity Run 2011

Ngada-ngada lagi msk larian. But this time really berusaha sungguh-sungguh utk dpt medal. Sedia maklum otot dh makin longgar. Kurang kalsium tergugat lagi dgn auntie-2 yg dh beruban lagi laju berlari. Mana boleh jd.

This time i was alone..6.5km mcm dekat tp terseksa gak. Kena plak daki bukit kat Menara KL. rasa mcm tk smp je. Huhuhu. Semangat tu penting. Tanpa semangat tk ke garisan penamat lah. Start flag kat Capital Square to Jalan Dang Wangi, heading to KLCC, then Menara KL, Jalan Gereja back to Capital Square. Done!








Dh booking untuk 2012..ermmm semoga panjang umur dpt la masuk

Marathon : Olympic Run 2011

Run...run for your life eh bukan
Run...run for fun baru la betul

Tarikh kejadian : 17 July
Tempat kejaian : Dataran Merdeka
Masa kejadian : 7.00 - 10.30 am

Dah lama tk masuk larian. Last lepas kejadian ngeri larian bomba 2007, tk penah masuk mana2 larian. This year tekad nak buat come back *bunyi yakin benar*. Larian ni je sempat daftar. Tu pun bukan semua anak buah dpt masuk. Dh penuh. Kesian yg tk dpt masuk. Tkpe nnt cari larian lain yg sesuai.

Mmg best bila dapat lari..berjaya buat larian 5km. Lagi 2km sendi lutut mula buat hal. Argh!!marah dlm hati je. Tk bole nk paksa diri lagi. Jalan je la.

A'way it was a fun day...wonderful day i had with my niece and nephew.

*before the run*


~ Stretching with Ronald Mc' Donald~


~Yg tk dpt masuk still with hepi faces~



~Yg dpt msk muka eksyen je~

*after the run*



Destinasiku Gambang : WoOHoO GaMbAnG ResOrt

WooHoo it summer time! Family day company held here. Theme Summer Fun!

But we don't feel the fun. Thn ni kurang best. Maybe dh sebumbung dgn other company. Too many people. We don't like the crowd.

Menu dinner. Tak berapa best. Telan gak sebab lapar. Hambar betul. Tak happening lah. Bosan.

Esoknya try to have fun. Still tak menarik. Water park belum completely siap. Look messy skit (my opinion only).

Yg balik naik flit bus ready to off to KLIA by 2pm. cpt betul tk sempat nk gossiping dgn kengkawan. Very tight journey. Letihnya...

I'll let pictures do the talking from here onwards...



Destinasiku Gunung : From summit to sea

2 hari dh brsusah payah naik turun gunung. So last day kat KK we stay kat BUNIBON LODGE. Backpakers. I like! 1 bilik 6 org. Lg like sbb semua ada dlm bilik. Baru meriah. Roboh katil double decker ni, huru hara.

Mlm tu merayau kat KK town nk cari makanan sedap2. Ke sana sini. Last2 pasar filipine jgk korang pilih. Kalu dr awal ckp tk lah penat kaki ke sana sini. apa ni ikan, sotong, udang semua dh siap bakar. Pilih je nnt panaskan.

Makan smp tinggal tulang. Dasat. Mmg kebulur ye?Elok habis jgn membazir. Kedai dh nk tutup tinggal tggu kami habis mkn je. Alahai balik hujan. Redah. Mandi hujan. Mcm2 hal jadi.

Ok semua mkn dh...apalagi off light nk tido. Ssshhhhh....Diam semua. Esk nk bgn awl.



Bila dah 10 org mcm2 lah ragamnya. Janji kul 7 berkumpul and breakfast tp tik..tok...tik...tok. Kul 8 gak. Iskh..truk time management. Breakfast bancuh milo & bakar roti sendiri. Dh dok hostel backpakers so kena la on own.

Jom...gerak. Jalan kaki ke Jeti Jeselton sbb nk naik bot ke Pulau Manukan. Kat jeti discuss bargain harga dlm kul 9 naik bot ke Pulau Memutik. Eh????Nape tukar?? Pakcik bot tu kata Memutik lg best. Tp kalu rasa nk ke Manukan lps tu bg tau je nnt dia bwk dgn bayaran ye. Sy tk ksh la pakcik mana2 pun boleh sbb lutut sy cedera nk jln pun ssh. Kat jeti kena byr tax (btl ke tax? lebih kurang cmtu la) RM7.20/person. Bila smp kat Jeti pulau kena byr lagi entry fee RM3/person. Amboi....collect duit je dorang ni.

Depa syok lah layan snorkeling. Aku? Dok tepi pantai je. try gak snorkel tp kaki tk kuat nk berenang. Jgn la dera lutut tu? Nak pakai lama. Actually dh lama pencen aktiviti snorkeling.


Jom...balik darat. Flite kul 8. so ada beberapa jam je utk shopping, lunch & repacking. Dh mcm explorace. Lunch KFC. Cepat. Then masing2 bwk haluan shopping. Aiseh this time terasa nk beli t-shirt yg ada gmbr Gunung Kinbalu. Hehee. Sempat la jgk jmpa kwn yg keje kat KK. Merasa la naik Altis dia. Yg penting dia tlg anta ke Hostel. Tq beb

Semua rushing balik hostel. Kelam kabut sbb dh lewat. Van dh tggu janji nk jln kul 6. Time kepo2 tu la pulak owner hostel nak amik gmbr kami dpn kedai dia. Nak promote la ni. Layan je kalu miss our flite siap laaaa...Nasib baik KK tk jem truk so bole la smp Airport on time. Lega semua urusan dh settle. Tggu nak naik flite je. Sambil2 tu cari poskad. Wajib beli.

Slmt smp KL jam 10. Bersurai...Tah bila jmpa lagi.

Destinasiku Gunung : I Came, I Climbed, I Conquered

Ini versi ku. Versi asal I CAME, I SAW, I CONQUERED. Tak kisah apa pun versi yg penting sudah ku tawan puncak ini.



Destinasi ke-4 yg terakhir, di sinilah ku berjuang. Dgn kudrat yg sedikit, gagahi demi impian yg satu bersama mereka ini.




~I CAME~

It was in 2009. I was here at 1KM. Tinggalkan kenangan dan impian di sini. Akan ku kembali utk takluki.


~I CLIMBED~


Alhamdulillah impian itu kini di depan mata. Struggle btl. Kena sampai Laban Rata seblom pkl 6. Kan 6pm waktu dh gelap di Sabah ni. Bermula 9am. Berjaya ke Laban 2.45pm. Petuanya setiap KM mesti amik masa tk lebih 1 jam

Setiap 1KM ada pondok utk rehat2kan badan. Plg utama ada tandas. Senang buat urusan. Tk perlu masuk ke semak hehehee. Lunch pack di beri masa breakfast di Sutera Sanctuary Resort. Apa yg di bekal? 5 keping sandwitch, 1 biji epal, 1 biji pisang, 2 biji telur (dh rebus) & air mineral.





Sebabkan terlalu penat, tk tertelan sume tu. Tgk kiri kanan semua org berselera telan makanan. Hujan renyai2. Nsb baik beli bj hujan masa kat Timpohon Gate. Harga RM5. Dgn bantuan tongkat sakti gak ringankan beban mendaki. Harga RM3.

Lagi tinggi lagi ssh nk daki. Dlm perjalanan selisih dgn org sakit kena usung. Ada lah lebih kurang 4 org yg angkat. Alamak jgn lah ada apa2 jd kat aku sebab utk upah potter angkat kena charge RM300/KM. Utk upah angkat beg ikut berat beg tk silap RM5/KG.

Melihat kepayahan mencari rezki.


Terpana dengan flaura dan fauna sepanjang pendakian.




Mendaki sorang2. Kdg2 selisih dgn teman2. Kdg2 tk jmpa lgsung. Kalu penat rest for 2-5min. Jgn rest lama2. Bila dgr org jerit bg tahu dh nak smp. Gembiranya, tp tk jugak smp huhu. Dr Waras Hut ke Laban mcm dh tk bole smp. Sgt2 letih & tkde tenaga. Perut lapar. Bila dh smp Laban, nk ke registration room pun rs jauh lagi padahal 2min je. Dh habis tenaga la ni.




Stop at KM6. Adoiyaiii sejuknya. Register for room. "Bilik u all tk jauh, kena naik lagi 180m. Dekat je". Ok. Actually tak dekat, jauhhhhhhhhhhhhhhhhh. 1 cabin utk 4 org. Ada kitchen. Tp tandas luar cabin. Sharing tandas. Ada 2 cabin je kat Panar Laban Hut ni. Nak ke tandas fikir berkali sebabnya air sejuk sgt. Kebas tangan.



Get rest. Turun dinner start at 5pm. Tk turun sbb pening lalat. Muntah. Arghhh. Makin malam makin sejuk. Tiga lapis baju, 2 lapis stokin still sejuk. Packing apa yg ptt for next destination. Zzzzzzzz dulu. Akhirnya hanyut dlm kepenatan.

~I CONQUERED~


Jam 1.30am dh turun breakfast. I ate as much i can. Takut nnt lapar and muntah. Perjalanan berbaki 2.5km. Jalan landai tk terasa penat sgt. Tp bukit bukau, curam semua memenatkan. Hujan renyai mengiringi perjalanan pagi tu bermula jam 3am start climbing lagi. Semuanya gelap. Hanya cahaya head lamp je membantu perjalanan kami.

Gembiranya bila dh smp kat Sayat-Sayat. Every climber must register your name here. Show your tag then you're allowed to go further. Reach here at about 4.30am. Ada lagi 1.5km. Cayok! Bila di KM8 hati dh mula berbunga tp bila tgk cahaya sayup2 di puncak. O jauh lagi rupanya. Kudrat dh tkde nih. Push diri lagi. every 20 steps kena stop. Akhirnya smp di puncak jam 6am 5th June 2011.

YA ALLAH, syukur. Subhanallah betapa indahnya ciptaanMu di atas sini. Rehat, amik gmbr, tenangkan diri. by 6.45am start climb down. Cukup la walau seketika di atas sini.



Pengalaman indah di kongsi bersama jadikan inspirasi utk korang juga.

Habislah sudah penderitaan kisah destinasi ini. Lega yg amat sgt bila berjaya turun semula walau lutut injured. Semuanya di permudahkan. Bagi yg berjaya ke puncak nama akan di tanda utk pastikan dpat sijil penuh. Bg yg hanya mungkin sampai di sayat dapat juga sijil tp tk penuh la (no color). Yg tk berjaya masih ada ruang & peluang utk dtg lagi. Insyallah. Kalau ada yg nk repeat lg maybe bole guna laluan dr Mesilau Gate. Kata org pemandangan di sini lebih menarik dan lebih jauh utk ke Laban Rata. Cabar lah diri kalu nk sgt heheee.

Costing bg trip ni. Booking since Nov 2010. Package mount RM585 + Flite ticket RM308. Less than 1K heheee sebab join trip bdk skola. Dpat lah murah!

Gambar kenangan abadi kami....


Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...