Destinasiku Vietnam : True color of Vietnam

Cuci mata dulu dengan warna2 kehidupan masyarakat Vietkong. Full story next kalam.


~Masih berbasikal di tengah bandar~


~Cari kutu/uban tak sure~


~Bersusah payah mencari rezki~


~Gerai makan jalanan. Sgt unik.
Kita di M'sia bermewah dgn kedai mamak.~


~Tradisi penjaja jalanan~


~Penjual nombor ekor~

~Wanita gigih~

~Pakaian tradisi seragam sekolah~

Destinasiku Singapore : Universal Studio

Story kali ni jalan-jalan di Universal Studio Singapore. Memang memenatkan. Luas sangat. Tp puas hati sbb dah byr mahal kan.

Entry fees : RM165 (after convert). Include SGD5 meal voucher + SGD5 retail vaucher.
Opening time : 10am-10pm (tp kena tgk date yg kita pegi. Kdg2 tutup awal if ada event).
Shuttle bas : RM25 return. Lokasi kat Tune Hotel Johor Bahru. Ada 3 trip.
Currency : Masa ni end oct. rate SGD2.35. Tukar RM100=SGD41.
~Tranportation : Naik bus relax skit trus je ke USS. No hassle. Bas turunkan kat parking naik escalator trus smp main gate.
~Food : Soft reminder elok la bwk bekal makanan dr Msia. Maklum la bila SGD semua jd mahal. Make sure simpan dlm beg. Jgn di tayang2 nnt ada kena tahan kat gate. Lagipun halal food ssh nk dpt. Kalau ada pun sgt mahal. My friend mkn nasi lemak set harga dlm SGD18 if not mistaken.
~Souviner : Ok la byk kedai2. Rambang mata. Tp apa la sgt nk di beli. Key chain or Fridge magnet harga bole dpt serendah SGD3.90.
~Toilet : Everywhere ada. Cuma ada yg tkde paip. So reminder lagi le bwk le botol kosong untuk tujuan pembersihan. Paham2 je la kat sana lap2 je :)
~Surau : Lupa nk survey. Maaf sebab masa pegi cuti solat. Jd tk brapa nk igt psl hal ni. Ada je kawasan yg bersih bole solat. Jgn lupa bwk kompas & tikar la ye. Lagipun Islam itu kan mudah. dimana2 sahaja kita bole solat asalkan tidak was2.
~Entertainment : Mcm2 ada. Jgn lupa dapatkan jadual. Ada street entertainment, Stage Shows, Character Meet and Greet.

Our journey began here

Kat luar kawasan gate USS ada Candyland. Nampak sedap je candy bar besau2. Bwk kanak2 sure guling2 suruh beli.

Dalam USS ada beberapa section. Hollywood street bole jmpa byk karakter movie. Ada je all the time. Tp kena la que utk bergmbr.

Then we go to Madagascar. Sini ada show Madagascar Boogie. Move It!move it! with the cast. Ada la dlm 15 min je show tp fun.
Next to Madagasar is Far Far Away section. The best part is 4D show. Mmg best. Shrek movie. Masuk castle Shrek. Fantastic. Enjoy the movie. Fantasy world is here
Heading to The Lost World. Kat sini ada 2 sections i.e Water World and Jurassic Park. Kat Water World kita bole tgk aksi stunt live show and get ready to wet!!. Make sure pilih bangku yang betul kalau tidak jd mangsa lah...Jurassic plak pd yg tk fobia pd ketinggian bole enjoy naik sky ride or water ride. Mmg fun. Sure akan basah.

Bila dah basah, boleh la keringkan baju di Egypt. Kat sini plg best roller coaster. Huh tobat tk nak naik lagi. Meet the Army of Anubis as you experience the Golden Age of Ancient Egypt. For children ada free and easy ride. No worries.

Jom la tinggalkan zaman kegemilangan Egypt. Skang dh era IT. Take a peek into the future and discover alien worriors and creatures from other worlds beyond the portal of Sci-Fi City.

Terbang ke New York City. Mcm2 ada kat sini. Dont miss out every show. Street dance. Masuk studio Steven Speilberg tgk mcm mana dia 'tipu' kita dgn dunia perfileman. Jumpa dgn Marlyn Monroe and Charlie. enjoy dgn Monster Rock show. Lastly ending dgn Kowabunga Kove-singing sensation.


Souviner shop ada kat mana2..

Ending of our journey..Safely arrived JB at 8.30pm

Destinasiku Waterfall : Gunung Ledang

Seminggu seblom bln pose sempat la juga ziarah puteri di kaki gunung ledang. sampai kesejukan puteri tak muncul2..

Since dh jd part of johorean..kena la sggh mana2 destinasi yg best dlm jajahan johor. 1st destination was here. Best. Air terjun mana tk best kan. Cuma environment je yg berbeza.

Masa mula smp dgn semangat berkobar2 tetiba ah so yg jg entrance spoil mood je. Ada ke dia sound "hari ni talak bole mandi wo..air manyak deras.. itu siren sulah bunyi". Bikin panas je. Ah tolak tepi la igt dkt ke nk smp ke sini.

Entrance fee je RM5 utk sebuah kete. Tak kira nk gak tgk suasana kat dalam. Tak mungkin tk bole mandi seharian ni. Hujan pun pg je.

Akhirnya...berjaya juga misi kali ni untuk mendamaikan diri dlm air yg cool. Nasib baik tak dengar kata Ah so td if not sia2 je perjalanan dr jb town ke sini.

Kami juz mandi kat level plg bwh utk keselamatn. siren tak henti2 bunyi tanda yg air tengah deras. Jadi kalu larat bole la daki ke atas untuk lebih trill. Bagi yg bwk family kat bwh pun dh memadai dan enjoy.

Pd yang minat dgn suasana alam yg mendamaikan boleh la overnight di sini. Ada resort. Bagi mereka2 yg akn mendaki gunung Ledang mungkin kat sini la tempat utk rest seblom panjat gunung. Room Tariff plg mahal deluxe room -rm250.

Info resort ~ GUNUNG LEDANG RESORT SDN BHD. Tel : 06-9772888;
email : ledang@tm.net.my or website : www.ledang .com

~cool water~

~cabar diri. nampak senang tp gayat la jgk~



~selamat utk anak2 mandi di sini~

~cetek je tak dalam~

Lepas puas mandi-manda dari tangkak trus zoom ke Bandar Muar. Special kat sini of course la mee bandung muar. Pusing2 jumpa jgk tempat best. Ke Jeti Tanjung Emas. Kat sini ada food court special jual asam pedas dan mee bandung. Mmg marvelous.

Skit je mee bandungnya tp cpt kenyang sbb kuahnya pekat dan most important pedas. Best. Jgn lupa singgah mkn kat sini then lepak tepi sungai.


~Wajib amik bukti ke sini~

~Dpt mkn durian sebesar ni..pengsan~



Tunggu destinasi seterunya dalam siri jelajah WATERFALL.

Destinasiku Mekah : Unta & Muzium 2 Masjid

Macam lah tak penah tengok unta kan. Ziarah tambahan ini termasuk melawat muzium, nak tak nak kena la melawat unta juga.

Turun je dari bas, semerbak bau unta. Lagi2 bila dituip angin bau terus terlekat dalam lubang hidung.

Pengalaman di sini boleh rasa sendiri kesegaran air susu unta. Segar dari ladang!. Tapi aku tak minum susu rasa rugi le pulak. Kena rasa juga kalau tak menyesal. Kat m'sia mana nak dapat susu asli gini. Boleh lah tekak nak terima.

~Pak Arab gi perah susu~
~Tadaaa....dh siap. Buih lagi.
Awek 2 org kat seblah tu bakal model iklan susu unta ahaa~

~Berebut2 pulak nk susu unta.
Tgk ustaz steady je sengih sorang2~
~Tak lepas untuk bergambar kenangan~

Lepas dah kecoh2 kat ladang unta. Borong susu untuk sebotol 5 Riyal. Aku pun turut terjebak. Kononnya nk bwk balik ke M'sia. Tak tahu boleh tahan atau tidak. Kami bergerak ke muzium. Pilihan ziarah terakhir. Sebab hari2 pulang ke tanah air makin dekat.

Muzium 2 masjid iaitu Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Nama pun muzium jadi di dalamnya terkandung semua barang2 sejarah lama. Untuk masuk ke sini setiap rombongan perlu tunggu sehingga rombongan yang ada di dalam muzium selesai baru lah rombongan seterusnya masuk. Keluasan muzium yang agak sederhana tidak membenarkan ramai pengunjung. Masa lawatan cuma di beri selama 20 minit.
Mana lah cukup untuk aku hayati barang2 sejarah. Nak baca fakta, nak tangkap gambar, nak sentuh, nak teliti..Snap mana yang menarik sahaja. Byk yang menarik tapi tak sempat.

~Foto klasik Masjid Nabawi~

~Foto klasik Masjidil Haram~

~Telaga zam-zam yang asal~

~Pintu Kaabah lama~

~Pancur emas~
~Ukiran batu nama Allah, Muhammad & para sabahatnya~
~Salah satu tiang yg ada di Masjidil Haram~
~Bekas tapak kaki Nabi Ibrahim~
~Yg ni tak ingat ukiran apa~
~Bersama Roha yg ceria~

Ziarah ini menamatkan kembara penyucian jiwa di tanah suci. Moga segala ibadah sepanjang di sini di terimaNya. Moga2 dapatlah jejak kan kaki berkali2 pada masa akan datang. InsyAllah.

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...