Its more fun in PHILIPPINES : Osmena Peak

Last day di sini. It's time to pack your bag and go home.

Sarapan pagi we ordered pancake dari tuan rumah. Penginapan kami di sini melalui Air B&B dan kami minta untuk uruskan transport juga Osmena dan airport.

Naik van ke Osmena Peak. Satu jam lebih perjalanan dari Homestay. Mula-mula driver lost tak jumpa jalan. Nasib baik dia jumpa juga. Masuk ceruk kampung baru jumpa starting point untuk naik ke Osmena Peak ni.


Sampai di sini, macam biasa dah kena serbu oleh local people especially kanak-kanak. Offer diri untuk jadi guide. Kami deal juga dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Bila tanya 'Why you don't go to school? dia dengan selamba jawab "No teacher". Pulak....apa-apa lah dik janji kau tunjuk kami jalan yang benar ke atas tu. 

Ni guider kecil kami. Murah dengan senyuman.


Dari bawah ke puncak dalam setengah jam. Semput juga. Tapi view subhanallah i like.


Di atas lagi best. Angin agak kuat. Boleh nampak lautan. Kira penat lelah berbayar lah. Tak boleh lama sangat sebab perlu ke airport.


Yang tak best perjalanan ke airport bila van yang kami naik kurang selesa kerusinya. Patahh tengkuk sebab takde tempat sandar kepala. Dah lah jauh. Bertahanlah wahai kawan-kawan.


Apa pun kesudahan perjalanan ini sesuatu yang baru. Banyak tempat boleh explore di sini. Semua happy walau journey memenatkan.

Terima kasih buat semua teman-teman yang terjebak dengan trip ini. Inshallah kita jumpa lagi di trip akan datang.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...