Cabaran RINJANI : Lomboklah Kau!

Cabaran mendaki tahun 2015 adalah Gunung Rinjani. Suatu masa dulu Lombok terkenal dgn wanita-wanita Malaysia yang dibawa lari oleh jejaka Lombok. Berdebar pulak rasa nak ke Lombok.

Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3,726m dpl (Sumber : Wikipedia)

Cabaran utama adalah puncak. Sejuk. Cabaran kedua kata mereka 7 Bukit Penyesalan. Tengok la nanti nak rasa sesal kat level mana.


Flight 8:40am AA. Dalam 3 jam akan sampai di lapangan terbang Lombok. Selamat datang!


Kami di jemput oleh 1st group yang dah sampai semlam. Kemain korang berjimba tanpa kami. Selesai urusan di airport maka bermulah misi team Lomboklah kau! Angkutan rasmi kami.


Isi perut dulu di Rumah Makan Cahaya. Dari airport ke sini dalam 1jam. Perut pun dah mula berdendang.


Kedai makan ni hidangkan Nasi Balap Puyung. Senang cakap Nasi Ayam Penyek. Lumayan makannya. 


Sebelah restoran ada kedai serbaneka so kami cari jajan dan apa yg ptt seblom teruskan journey ke Homestay. 

Dalam 2 1/2 jam perjalanan bukit bukau dan perkampungan. Ala-ala dari KK ke Kundasang feelnya. Stop di kaki bukit untuk amik mood bergambar. Nah tu puncak gunung. Yang pasti aku dah mula berdebar (penyakit ni memang selalu ada tak kira gunung mana pun).


Selamat sampai di homestay. Selesaikan urusan check in dan sedikit taklimat. This trip di uruskan oleh Uncle Karat dari Karat Adventure.


Gunung rinjani lebih dekat di mata. Aduh makin kencang jantung berdegup. Bawak bertenang. Jangan ditenung lama sangat. Esok itu pasti..


Dinner jam 7:30pm. Menu Nasi Goreng Ayam. Mencari ayam dalam pinggan hanya beberapa ketul ayamnya saje. 


After dinner repack utk next journey. Malam yang dingin. Bulan terang menyambut kedatangan kami. Long journey for today. Pastikan tidur mu lena untuk esok.


Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN