Posts

Showing posts from July, 2017

Cabaran RINJANI : Lomboklah Kau!

Image
Cabaran mendaki tahun 2015 adalah Gunung Rinjani. Suatu masa dulu Lombok terkenal dgn wanita-wanita Malaysia yang dibawa lari oleh jejaka Lombok. Berdebar pulak rasa nak ke Lombok.
Gunung Rinjani adalah gunung yang berlokasi di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat. Gunung yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3,726m dpl (Sumber : Wikipedia)
Cabaran utama adalah puncak. Sejuk. Cabaran kedua kata mereka 7 Bukit Penyesalan. Tengok la nanti nak rasa sesal kat level mana.

Flight 8:40am AA. Dalam 3 jam akan sampai di lapangan terbang Lombok. Selamat datang!


Kami di jemput oleh 1st group yang dah sampai semlam. Kemain korang berjimba tanpa kami. Selesai urusan di airport maka bermulah misi team Lomboklah kau! Angkutan rasmi kami.

Isi perut dulu di Rumah Makan Cahaya. Dari airport ke sini dalam 1jam. Perut pun dah mula berdendang.

Kedai makan ni hidangkan Nasi Balap Puyung. Senang cakap Nasi Ayam Penyek. Lumayan makannya. 

Sebelah restoran ada kedai serbane…