Its more fun in PHILIPPINES : Cebu Island

-Hari Keempat-

Lepas survive dari Mt Pulag....destinasi seterusnya.

Jam lebih kurang 3am sampai di Manila. Suram aje terminal. Turun dari bus dah ada taxi yang approach. Dalam keadaan mamai kami reject offer. Terkial-kial cari arah. Blur. Akhirnya amik juga khidmat taxi untuk ke airport. Dengan yakin kami dihantar ke Terminal 3 tempat yang sama sampai pada hari pertama.

Mentang-mentang lah jalanraya lenggang, taxi driver drift. Turun dari taxi, sebelom enter terminal airport lagi skali kena approach dgn taxi driver. Rezki sebab kami salah terminal. Padan muka. Untuk Domestic flight di TERMINAL 4. Extra fare to pay naik taxi lain. Cuai betul. Ingatkan semua dalam ni. Drift skali lagi ke terminal yang betul. Cuti perayaan penuh terminal.


Flight ke Cebu jam 10:45am. Lebih kurang sejam lebih la sampai Airport Cebu. Lagi perjalanan yang jauh. Masa trip ni harga flite AA RM103


Trip kali ini kami round Cebu Island. Banyak aktiviti disini. Kami akan ke Oslob dan Badian untuk 3 aktiviti yang sempat dibuat.


Dari Airport naik teksi ke South Bus Terminal. Mudah nak cepat naik je taxi. Option lain naik bus tambang P25 turun di Parkmall. Naik jeepney pula tambang P10 ke terminal bus. Kami pilih taxi. 15km aiport to bus terminal. Taxi fare dalam P215. Sharing boleh jimat.

Nak cuba dapatkan bus ke Oslob jam 2pm. Cebu to Oslob another 2-3 hours journey. Nangis! 

Dah la terminal macam sardin. Confuse kena beratur tapi tengok ada je yang main redah naik. Pastikan naik bus bertanda BATO via OSLOB/BARILI. Bus 2 jenis. Aircond (Cores Liner Yellow Color) dan non aircond. Tambang kami bayar untuk aircond P145.



Lama juga tunggu bus. Makin hangat hati. Akhirnya guna 'kuasa luarbiasa' mintak tolong guard yang boleh speaking malay. Dapat jua naik bus walau lewat dari jangkaan asal. Alhamdulillah. Cuaca kat pulau tau ajelah bahangnya.

Lewat petang lebih kurang jam 6pm sampai di Sacha's Resort. Dalam bus inform conductor mana nak stop. Dia akan tolong ingatkan kita. Jadi jangan risau. Bus berhenti betul-betul depan resort.

Dinner malam ni, beli ikan bakar dan nasi kosong di kedai nearby. Additional food masak kat resort. Nasib baik la ada kemudahan untuk masak.

Sacha's resort dari booking.com. Ok lah bersih. Ada kolam renang. Tepi laut. Boleh la lepak makan sambil ambil angin laut. Rehat je hari ni. Letih perjalanan yang sangat jauh.



Tenang-tenang dulu hari ni. Esok 'badai' akan bergelora semula.


No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...