Posts

Showing posts from June, 2016

Iktibar di ACHEH

Image
Menghayati kesan Tsunami. Tak pernah pula terlintas untuk ke Acheh. Ikut rombongan Ustaz dan di bantu oleh 2 orang ustaz dari sebuah madrasah di Acheh… Trip ni dedikasi untuk Bonda. Harga pakej RM1350 all in. Telah ku jangkakan rombongan orang-orang pencen. Tapi sangat sporting pakcik dan makcik ni.
Hari pertama di Acheh, dari Airport terus ke Restoran untuk sarapan tapi singgah di KUBURAN MASSAL SIRON bersemadinya 46.718 korban jiwa Tsunami. Sedekahkan fatihah buat mereka.


Sarapan pagi di taja oleh Restoran Ring Road Coffee. Sedap juga menu sarapan pagi ni..

Menu air je dah macam-macam
Makan lontong dan kuih muih tempatan



Check in hotel dan rehat sebentar. Besar juga biliknya untuk 3 org. Hotel kategori 3 stars. Tak kisah brapa star pon janji lena tido itu penting.




Selesai urusan check in, rombongan ke Muzium Acheh. Belajar skit tentang budaya dan adat resam Acheh. Lebih kurang budaya Melayu. 





Solat Zohor di Masjid Baiturrahman satu-satunya masjid yang terselamat di bandar Acheh selepas Tsu…

MABUL ISLAND : Layan Laut Biru II

Image
Tak sabar untuk aktiviti hari kedua. Wake up call. Hari ni semua kena cepat. 3 tempat nak cover.
Seawal pagi lepas breakfast...acara senam robik. Bersungguh instructor guide kami. Tudia peluh jejeh jugak la. Perlu extra energy sebab nak hiking bukit.
Wajah-wajah ceria sebelum di lambung ombak dan mabuk laut. Dua bot guna untuk trip ni.


Jom rock 'n roll. Dah tak sabar ni...

Korang kalau tgk air laut camni...apa perasaan?

1st destination - Bohey Dulang Island. Walau 600M je ketinggian agak mencanak dan mencabar juga bukit ni. Demi great view gigihkan semua. Tak sia-sia bila terhidang depan mata ciptaanNya Subhanallah. My fav. Tempat ni adalah wajib datang.



Penuh puncak bukit dengan group ni je...Korang ni mmg meriah.


Ini lah dia penganjur trip dan owner PERCUTIAN JIMAT SAYA. Sila search di FB kalau berminat nak join mana-mana trip jimat dalam dan luar negara. Abam sporting.


2nd destination - Maiga Island untuk Misi Kemanusian. At least kita share our happiness with them. They said thi…

MABUL ISLAND : Layan Laut Biru

Image
Wake up !

Breakfast dulu di kedai mamak. Then ke pasar untuk beli ikan. Tujuan untuk  menu dinner di island. Alamak terkejut tengok keadaan pasar. Macam lepas kena Tsunami. Rupanya Majlis Perbandaran roboh pasar untuk buat baru. Tapi aduhaiii kotor di tinggalkan begitu je.

Beli ikan dari nelayan yang parking boat di jeti Itu urusan penganjur untuk pilih ikan. Kami tolong angkat je.

Selesai semua, berkumpul di jeti untuk naik boat ke Island. Tapi acara wajib...photo group. Ramaikan. Happening and pening. Tapi semua mmg sporting. Meriah.

Banyak juga barang penganjur nak bawak ke pulau.

Lambungan ombak, laut terbentang luas...rindu betul bau air laut. Satu jam dari Semporna ke Mabul Island. Alhamdulillah selamat semuanya. Check in di Sea Horse Resort.


Welcome to our room...

Sementara tunggu untuk 1st aktiviti hari ni..Scan pemandangan laut dulu. Hari ni aktiviti adalah snorkeling. Tak jauh pun dari resort. Air cetek dan tak banyak ikan. 


Balik resort lepak kat pelantar...Kejap je datang …