Xplore the heart of JAPAN : MT. FUJI

Dari Kawaguchiko naik bus ke 5th station 1 jam untuk start hiking melalui Yoshida Trail. 

Bus fare : 2100Y return
Entrance Fee : 1000Y

Bus awal Kawaguchiko Lake 8:20 – Mt Fuji 5th station 9:15 (every one hour)
Bus akhir Mt Fuji 5th Station 17:50 – Kawaguchiko Lake 18:35

7 trips bus run every day. Mungkin jadual berubah ikut masa dan keadaan.


Buat preparation di sini. Dah terasa sejuk. Makin lama makin sejuk. Kalau ada kelengkapan tak cukup ada kedai yang jual barangan. Ada cafe.


Dengan lafaz Bismillah start hiking jam 18:00. Dah mula gelap. Sejuk menyengat. Hike up until 8th station. 5 -7 jam duration. Kalah dengan kesejukkan. 


Singgah café yang ada untuk rehat dan dapatkan haba panas sambil minum lemon tea dengan harga 400Y. Mahal!


Jam 23:00 smp di 8th station kami rehat di luar resort shj. Sebab untuk penginapan mahal kosnya. Tapi kalau dah ada budget dari awal and pilih untuk rehat di dalam better amik. Boleh panaskan badan. Di luar sgt sejuk mmg tewas walau dengan sleeping bag. Angin dengan tiba2 datang. 


Tandas bersih...tapi berbau la. Bising pulak tu tak henti2 arahan rakaman cakap apa tah. Ada satu ketika dah tak tahan sejuk rasa nak stay aje dalam tandas ni.


Jam 2:30 mula mendaki berbaki 1.5km ke puncak. Sebabkan sejuk rasa putus asa untuk teruskan mendaki. Gagahkan diri. Another stop di café untuk lemon tea. Di café ni rehat di benarkan hanya ½ jam shj. Amboi kedekutnya. Makin sukar pendakian sebab dah mula AMS. Menguap dah berapa kali. Mata dah mula berat nak buka. Bersandar pada batu nyaris terlena. Semangat Malaysia Boleh! Terus mendaki.

Jam 4:00 mentari mula terbit. Subhanallah cantik dgn kepulan awan macam gula-gula kapas. Tangan pun kebas nk ambil gambar.


Jam 7:00 berjaya di puncak. Waktu ini suhu adalah -5 darjah celcius. Kononnya nak makan sup di sini tp tak halal. Rasa nak nangis menahan sejuk. Nak tengok kawah gunung berapi pon tak mampu melangkah ke sana.



Tak lama di puncak terus turun ke bawah. Sebelum turun nampak ais di celah2 batu. Patut pun sejuk beku. Batu kecil2 kena berhati semasa turun. Silap langkah jatuh terduduk. Terasa jauh nak sampai di 5th station. 



Ada laluan dan papan tanda yang mengelirukan jadi berhati-hati memilih laluan. Kabus lagi.


Akhirnya rasa dah nak sampai di 5th station bila mula nampak hijaun pokok-pokok.


Alhamdulillah bila mendongak ke atas nampak puncak gunung, dan semuanya selamat sampai ke bawah tanpa sebarang kecederaan.


Kami terpaksa ambil bus lewat kerana salah seorang lewat turun dari puncak. Sepatutnya plan asal adalah untuk ke Roponggi Hill di Tokyo. Dah lewat..perjalanan kami terus ke Osaka.

Pengalaman yang tidak akan di lupakan di Mt Fuji. Syukur semuanya selamat. Untuk daki Mt Fuji sesiapa pun boleh. Perlu kuat mental tahan sejuk. Aku mmg akan kalah dgn sejuk..hehe. Bye Mt Fuji.

Sentiasa akan rindukan awan itu...


Balik semula ke Tokyo ada pulak train direct. Sampai Tokyo St. cari loker, sebab semalaman tinggalkan ingat2 lupa jalan ke loker. Rushing sebab ke Osaka dari Tokyo lebih kurang 1 Jam 30 Min. 

Kami tnya uncle kat platform utk amik train ke Osaka, dia tunjuk seberang. Kami dgn gopoh gapah berlari ke platform yg dia tunjuk and terus ada train ke Osaka. Masuk aje..baru nak duduk tnya passenger seblah untuk confirm train. Salah train. Ni train antara bandar. Akan sampai ke Osaka tapi lambat. Dia tunjuk platform depan. Hahaha jadi betul la uncle tadi tunjuk platform yang sama cuma tadi bila naik je tangga nmpk train terus naik. Kesilapan besar kalau tak tanya tadi. Make sure jangan salah train ye..

p/s credit photo to all of them

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN