Show you the real CHINA

Selepas Bali ke Beijing pula. Tahun yang sama dengan tempat yang bermula huruf “B”. Secara kebetulan. Penerbangan dengan MAS. Berbaloi. Harga tiket RM1000 return. Harga Matta Fair. Masa beli dah compare dengan price AA , lebih kurang sama jadi amik MAS terus.


Ahhh dah lama tak naik MAS. MH370 dalam memori. Harap anak kapal yang baik hati beri aku kacang satu packet besar bukan mangsa tragedi misteri.

Awal bulan November, Beijing adalah musim autumn. Suhu boleh cecah ke 5 darjah celcius. 


7 jam dalam flite macam-macam fikir sebab perjalanan kali ini adalah lain dari sebelum ini. Tunggu dan lihat apa yang kami buat di China bila plan last minit berubah.

Jam 6.30am di airport…Damai dan tenang. Macam biasa nak kena isi form imigresen dulu then settle bagasi next kami perlu cari tempat untuk beli tiket train ke Huang Shan.  Yang ini penting sebab selain Beijing kami perlu ke daerah ini untuk hiking Yellow Mountain. Ni la plan last minit add into our itenary. Sangat susah untuk communicate dengan mereka di sini. Rata-rata tak boleh cakap English. Semua information counter kami tanya tapi semua gagal tak faham. Last cari signboard railway office. Still gagal untuk communicate. Nak marah + gelak kami di buatnya dengan officer yang bertugas. Dah lah macam orang baru bangun tido. Ayam dan itik bercakap.

Last information counter kami tanya untuk ke railway station. Dan baru lah kami tahu di China ni ada dua jenis pengangkutan. Subway dan railway adalah berbeza walau dalam kategori train. Atau kami yang salah hehehe. Macam di Malaysia pelbagai jenis pengangkutan train. LRT, Komuter, ERL. Ada 4 train station - Beijing Railway Station, West, South & North.

Refer https://www.travelchinaguide.com/china-trains for more info.


Beli tiket Airport Train ke Beijing Railway Station cost 25 Yuan. Then tukar naik subway di Dongzhimen station terus ke Railway Station Bahagianya dapat keluar dari airport. Cuaca sejuk mula terasa. Bila dapat naik subway satu hal sebab takut terlepas tempat nak tuju.


After struggle a little bit kami berjaya sampai ke Beijing Railway Station. Masalah lain timbul nak beli tiket train. Nasib la officer tu faham kehendak kami. Actually dah buat booking tiket train dari Malaysia tp sebab gagal nak cari info we decide purchase trus di kaunter Railway Station. Nasib baik la time tu tak ramai org que. Urusan di permudah selesai another chapter.

Dekat area sini pelbagai rupa penduduk China. Culture yang paling kena tahan dorang suka meludah tak kira tempat dan masa. 



Selesai penderitaan di kaunter tiket kami perlu ke hostel. Hostel dari Malaysia kami dah booking. Direction yang di beri jelas dan berjaya sampai tanpa sesat.



Security kat stesen subway nak kena scan dulu beg. Masuk or keluar kena scan. Leceh betul. Subway di sini serupa dengan Korea. Kalau dah pernah pergi Korea so tak culture shock la tengok suasana station. Sampai lunyai map subway ni kami refer.


Yang ini version elok skit. Cuma tak sempat survey samada di sini ada apps macam korea atau tidak.


Welcome to our hostel. In next entry kita review serba sedikit pasal hostel dan persekitarannya.


Repack makanan, breakfast dan rehat sebentar.


Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN