North BALI

Perjalanan 6-8 jam ke utara. Kuta-Singaraja-Lovina.



Hentian 1 - BATUBULAN VILLAGE

Famous Barong and Keris Dance. Show 1 jam. Bayar RPP100k. Bosan betul. Mitos tarian ini


>>Masyarakat Bali[2] percaya bahwa mahluk-mahluk halus tersebut adalah kaki tangan Ratu Gede Mecaling, penguasa alam gaib di Lautan Selatan Bali yang berstana di Pura Dalem Ped, Nusa Penida. Saat itu, seorang pendeta sakti menyarankan masyarakat untuk membuat patung yang mirip Ratu Gede Mecaling, yang sosoknya tinggi besar, hitam dan bertaring, lalu mengaraknya keliling desa. Rupanya, tipuan ini manjur. Para mahluk halus ketakutan melihat bentuk tiruan bos mereka, lalu menyingkir. Hingga kini, di banyak desa, secara berkala masyarakat mengarak Barong Landung untuk menangkal bencana<< (sumber http://id.wikipedia.org/wiki/Barong_Bali)

Avoid this show kalau boleh. Dah la guna perkataan lucah. Tak boleh di terima akal langsung. Omputih pon geleng kepala dengan lawak bodoh tu. Lebih enjoy Kecak Dance. So simpan duit untuk tonton Kecak.



Hentian 2 - MENGWI


Royal family temple. Argh 1st day bawa ke temple. Ini lah tension. Dah la nak masuk ada entrance fee RP15k. Kami tak masuk just view dari luar dan tengok keadaan penduduk setempat. 




Hentian 3 - TEGAL SARI


Di sini popular dengan kopi luwak. At first luwak tu pun aku tak tahu. Bila dah tengok baru tahu rupa luwak. Kopi luwak juga turut di bahaskan tentang hukum meminumnya. Kita jangan main bedal jika tidak tahu status halal dan haramnya. Sila rujuk link http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang



Ini lah Luwak/Musang yang memakan kopi dan biji kopi akan keluar semula dengan najisnya. Di katakan biji kopi ini mempunyai rasa yang berbeza setelah di makan dan melalui saluran pencernaan luwak.


Proses menghasilkan kopi secara tradisional



Mari cuba minuman yang pelbagai rasa. Served for free Lemon Tea, Ginger Tea, Red Rice Tea, Mocha, Ginseng, Cocoa dan Bali's coffee. Kalau berminat nak beli kopi luwak harga dalam RP50k.



Suasana aman dan sejuk di sini.


Hentian 4 - LABHAGGA


Pacung restaurant and sky lounge. Lunch boleh di sini. Tapi was-was sebab tiada tanda halal. Variety of food. Buffet for RP96k + service tax.  Just lepak makan ais krim sambil menikmati pemandangan hijau bukit bukau.



Hentian 5 - BEDUGUL

The cool mountain area. Stop 5 minute here for picture. Cheese.


Hentian 6 - ULUDHANU

The Lake Temple with it's towering beautiful pagoda. Temple lagi. Tapi sebab suasana keliling yang cantik tasik dan gunung layan kan juga. Jangan lupa bayar entrance fee RP30k. Hujan renyai masa sampai di sini.




Hentian 7 - CANDIKUNING

Alhamdulillah ada juga hentian yang ada penduduk Muslim. Kami singgah solat di Masjid Besar Al-Hidayah. Sejuknya air di sini. Melepaskan lelah dengan suasana kampung. Seronok rasa hati.




Kemudian lunch di restoran muslim Kamandhatu berdekatan masjid. Buffet lunch RP84k. Dapat lah isi perut dengan nasi walau pun dah lewat jam 14:30. Rehat dulu. Dah mula rasa letih.




Before ke next hentian dapatlah bergambar dengan penduduk tempatan. Beli kacang dan pisang buat bekal. Say cheese makcik! :)



Hentian 8 - GIT GIT WATERFALL

Highest waterfall. Nak masuk pun kena bayar jugak RP5k. Semua pun nak di bayar. 


Dah lah jauh ke dalam 1km. Masuk kawasan kampung, lalu bendang padi. Layan je walau dah penat. Kalau sempat mandi best jugak berbaloi bayar.



Letihnya...dah la jom blah. Kat waterfall pun ada unsur2 tokong. Seram pulak. 

Hentian 9 - LOVINA BEACH

Yeay the last stop. Tapi sebelum sampai sini kita akan lalu pekan lama Singaraja. Ada sejarah  di sini. Lovina beach black sandy beach. Peak season July-October. Stay di salah satu challet/resort. Accomodation + Dolphin trip RP300k. Bilik aircond, queen bed. Ok lah for tonight. Nak rest cukup2. Penat duduk dalam van.


Actually ada half day tour/full day tour yang boleh dapat. Contohnya

> Half day tour USD35/person/7jam (all includes) Royal Temple-Tanah Lot Sunset-Legong Dance dinner.

> Full day tour USD45/person/10jam (all includes) Highest waterfall-Buddhist temple-Hot Spring & North Bali tour (yang ini termasuk Lovina Beach, UluDhanu)

Jadi terpulang pada kita lah kalau nak amik tour atau jalan sendiri. Rasanya yang kami dapat supir ni lagi banyak tempat boleh singgah dan ikut keselesaan sendiri. Ini baru sebelah kiri peta bali yang kami singgah. Esok lepas tengok Dolphin nak turun ke selatan semula ada beberapa tempat yang akan singgah.

Dinner makan maggi lah.

Comments

  1. kopi luwak melalui sistem pencernaan?? ish ish ish

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN