KOREA: Shopping Area

For the past three days dah explore serba sedikit tempat yang menarik di Korea. Alhamdulillah. So 4th day its time for shopping. Souvenir penting ni. Ada beberapa spot place yang biasa akan di jengah untuk cari barang. Bestnya...Sebelum pergi jangan lupa amik tahu business info each place. Jom start cuci mata.

* Namdaemun Market - subway line 4, Hoehyeon St., exit 5/7.

Open air market. Apa sahaja yang nak ada sini. Pakaian, kasut, house ware, flowers, tools, wigs, glasses dan pelbagai accessories. Di sini kebanyakkan orang malaysia beli brooch. Orang kata. Kami pon terjebak jugak beli. Orang perempuan rambang mata, cepat je membeli. Kalau tak di tahan nafsu bankrap. Paling suke tengok boot "pua choo kang" pelbagai design dan payung.




Kalau lapar nak alas perut cari kiosk kebab halal  berdekatan station area sini. Harga sebiji dalam KRW3,000-4,000. Sedap pedas kenyang seketika.

* Myeong-Dong - subway line 4, Myeong-dong St., exit 8 or line 2, Euljiro 1(il)-ga St. exit 5

Kota fesyen. Kedai-kedai di sini jual baju, handbags, accessories dan cosmetic. Tak kira malam atau siang tempat ni penuh dengan young people yang gilakan fesyen. Best jugak rounding sini. Beli bag kat sini ok jugak. Tak dapat nak ambil banyak picture sebab sibuk belek sana sini. Masuk keluar kedai. Happening lah kat sini.


* Insa-Dong - Subway line 1, Jonggak St, exit 3; line 3 Angguk St exit 3; line 1,3 or 5 Jongno 3 (sam)-ga St exit 1

Ini adalah tempat jual barang kraf, art, antik dan accesories. Seronok juga di sini pada yg suka kraf dan art. Di gelar 'living musuem of folk history'. Macam central market la. Insa-Dong juga di kenali sebagai 'Mary's Alley'. Di sini juga ada banyak local food dan teh tradisional. Sesuai dengan jiwaku yang suka kan art. Boleh top up lagi souvenir harga macam mahal skit dari Namdaemun.



Ada juga kedai moden. Yang pastinya harga mahal la kalau dalam kedai macam ni. Tengok dari luar kedai aje la.


* Dongdaemun Market - Subway line 1 or 4 Dongdaemun St.

Last place cuci mata. Kedai kecil dan malls banyak juga area ni. Kat sini kami beli t-shirt yang ada perkataan "Korea". Boleh tawar menawar. Dalam mall boleh juga layan macam2 fesyen baju. Dah penat melayan karenah kaki dan mata lepak kejap depan shopping mall sambil layan lampu dan music hip hop yang di pasang kat bangunan depan mall ni. 


Yang kami pergi ini the most popular shopping area. Lain2 tempat Ewha Woman's University Vicinity, Hongik University Vicinity, Apgujeong-dong Rodeo Street dan Sinsa-dong antara tempat yang di sebut juga dalan information book.

* Itaewon - Line 6, Itaewon St.

Sebelum balik tido, dinner di Itaewon. Tempat halal food. Jauh jugak ke sini. Jalan kaki naik bukit. Fuh peluh. My friend selalu beli ayam/daging halal di sini. Singgah solat di Seoul Grand Mosque. Syukur Islam ada di mana2 sahaja. 


Makan di restoran halal korean food Muree Restaurant. Kedai kecil je. Sesungguhnya tekak ini tidak boleh terima Korean food walau dah ku cuba. Maaf. Malam ni dinner kami di taja oleh kawan kami. Semoga rezki bertambah hendaknya. Terima kasih sahabat.


Alhamdulillah selesai juga urusan hari ini. Kaki pun dah penat, perut dah kenyang, mata dah layu. Time to go home...


Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN