Gegaran LIMA 2013

Dah lama ayahanda dambakan untuk pergi LIMA. Rasanya 5 thn menunggu akhir nya tercapai hasrat.

Last minit plan. Search skit info. Call kengkawan kat kedah. Inform sedara kat Kedah nk tumpang tido. Service kete, tukar tayar. Done!

Start the engine and off to Kedah. Moga selamat semuanya dan di permudah. Alhamdulillah safely arrived. Bermalam di Kedah. Esk ke Langkawi. Rehatkan diri dulu.

Terlepas feri pkl 9. Ah ruginya masa. Dapat pkl 11:30. Ramainya org Kedah nk pi LIMA.

Harga feri pon dah mahal. Adult RM23; Child RM18. Time mcm ni sewa kete jgn citer la mahal.

Bateri kete plak kong. Nsb la dh standby bateri. Alamak spana je tkde. Menapak smp hujung jln cr kedai hardware. Ada pon. Kena tukar skrg nnt sure dr Langkawi dh mlm.

Ok...dh time. Moh naik feri. Dah lama tk naik feri


Letihnya...cepatlah sampai darat. Tu diaa kat jeti ramai nya umat. Serabut sekejap. Ok cari teksi. Penuh. Sabar tu penting. Akhirnya berhasil dpt teksi. RM7/org. Dari sewa kete baik naik teksi. Rushing sbb LIMA berakhir jam 5pm. Jalan jem lagi.

Terpaksa menapak skit ke lokasi LIMA sbb jalan jem teksi tk masuk ke dalam. O ada je hotel seblah LIMA ni. So pd yg plan nak pegi nxt year bole stay kat hotel ni. Tk jauh dr airport jgk.

Peluh2...panas cuaca. Dari jauh dah nmpk jet2 berlegar di udara. Teruja!


Masalah lain pulak timbul kat kaunter tiket. Boleh pulak tiket habis. Huru hara bila berebut tiket. Event management tlg alert on this matter. 

Berkat sabar dan tenang dapat juga masuk. Bukan apa, mengejar masa sebenarnya. 

Dah excited dengar bunyi jet semua. Memang best dan kagum. Askar kita berjuang di udara. Hebat!

Let him learn...


Hepi le ayahanda...anakanda pun tumpang excited. Best LIMA ni


Pelbagai jenis aircraft. Kecil besar. Datang dari pelbagai negara.


Dah penat berpeluh outdoor masuk ke ruang pameran indoor. Sejukkan badan sebelum pulang.

Selesai...Alhamdulillah.

Jom pak kita pulang. Cari teksi dapat RM10/person. Belasah aje asalkan dapat ke jeti on time. Jem teruk. Beratur pulak mencari tiket feri. Tiket habis yg ada esk pagi aje. Jem otak nak fikir. Tkde feri tambahan. Tkpe beli je. Tggu jugak feri terakhir kena naik jgk mlm ni. Jenuh tunggu feri delay. Dan akhirnya pukul 9:30 feri sampai dan kami berjaya blk ke Kedah. Ada juga yang terlepas feri dah beli tiket awal. Mereka senasib dgn kami.

Kebulur..cari sesuap nasi di tengah malam.


Berakhir segalanya...best!

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN