Destinasiku Langkawi : Tasik Dayang Bunting & Pulau Beras Basah

Awal pagi dh kena celik mata. Awatnya?Penat semlm pun tk ilg lg.

Kenalah awal sbb nk ke Tasik Dayang Bunting & Island Hoping. Rugi plak kalu tk join. 1st time ke Langkawi dulu mana sempat nk buat aktiviti extra ni.

Breakfast puas2 sbb nnt lapar....Kul 8a.m. dh naik bot trus ke tasik.


Hidangan mata yang pertama....



Hidangan ke-2



Sebelum turun dari bot pesan pakcik bot "Hati-hati banyak monyet liar"..Masa ke tasik takde gangguan langsung. Masa balik di serang eye to eye. Pergh..sasaran beg makanan. Peragut paling ganas lah..



Baca dulu lagendanya...



Kami group pertama yang sampai.



Puas hati dapat basah-basahan dalam tasik dingin. Kalau malas basah-basahan boleh lah kayuh bot relax2 nikmati kesunyian alam.



Jom ke tempat lain. Tengok helang. Tak bawak isi ayam pun. Mana helang nak dekat. Rugi betul. Mana nak tau. Byk betul helang...




Dah jamu mata dgn terbangan helang sampai lenguh tengkuk amik gambar dan tgk gelagat helang. Bila sampai tempat berikutnya....aku lah orang pertama turun bot dan berlari ke sana. Mana bole tahan tgk lautan biru begini..Nikmatinya sepuas-puasnya selagi ada peluang.

Apa kisah di sebalik nama pulau ni pun kami tak tahu. Cuba bertanya pada pakcik bot tp dia sendiri pun tk tahu. Seorang kwn cipta mitosnya...

"Kisahnya begini kengkawan, semasa bot2 lanun merompok beras terbakar, bot mereka terlanggar pulau ni abis terbalik semua beras ke dlm air. Semua beras terbakar jadi basah..itulah mitos nya kengkawan"


apa pun mitosnya, yang penting kepuasan diri dapat merasa air laut di sini.. Dah jom balik. Flite kami 5.15 ptg meninggalkan kenangan manis team kami di sana. Kalaulah kita boleh kerja seharmoni suasana di sini alangkah baiknya ye kawan2..heeeee


datang satu beg, balik berbeg2...Babai Langkawi, terima kasih dengan keindahan dan kedamaian lautmu.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...