Destinasku Vietnam : Perang di Chu Chi Tunnel

Day 3 - Dah masuk hari terakhir. Sooner or later we're leaving this country. Flite kami 9pm so kami ada masa utk penuhkan ruang2 masa yg tinggal.

Di mana kami?

*Chu Chi Tunnel*


Chu Chi Tunnel tempat yg mesti pergi kalu ke Vietnam. Hnya tempat tinggalan sejarah. Terowong bwh tanah yang di bina pada zaman perang antara Vietcong dengan America. Dalam tunnel ni ada hospital, penempatan dan macam2 lah. Tak tahu ler nk gmbrkan. Wait till we're there...

1 jam perjalanan dr town. Entry fees 80,000 dong. Kami tk guna khidmat travel agent. Redah je. Nasib kat sana ada guide. Mudah lah bg kami if not, tk tahu what to do & where to go. Kawasan luas...Bg lah tips pd guide tu. Best. Coz he can speak english well & his explanation very clear & understood.

Luasnya

Dengar taklimat dan tonton video

Tour guide bekas tentera

Lubang keluar tunner. Size badan Asia

Tadaa...ngam-ngam size diri

Self weapon area...sebahagiannya

Antara bahan letupan

Jom tour tunnel

Baru 5 min dah rasa sesak nafas. Gelap dan sempit

Selipar perang di buat dari getah tayar


Hidangan ubi kayu dan teh o hilangkan penat


*General Post Office, Notre Dame dan Independent Palace*

Balik dr Chu Chi mntk taxi driver utk singgah sebentar di Old Sai Gon Post Office and Notre Dame Cathedral. 2 building ni dibina oleh French colonial pd thn 1883 (cewah ada fakta sejarah lagi). Dr dlm taxi aku sempat la snap Independent Palace. Jadilah kan sebab sume bangunan yg ada dlm list travel agent aku dh jmpa. Cuma kami tk amik gmbr bgn Notre Dame sbb tu adalah gereja. Dh snap sana sini. Balik hotel. Hotel seblah Ben Tanh je so repeat shopping lagi mana yg tk cukup ler...Singgah sebentar di semua tempat ni. Berdekatan dalam kawasan yang sama.

General Post Office

Independent Palace

*Ben Tanh Market*

Borong lagi souviner yang tak cukup2. Penangan terakhir sebelum balik Malaysia. Sempat rest 2 jam di hotel before off to Airport.

Conclusionnya sgt puas hati dgn trip kali ni sbb fully utilise masa yg ada. 3 hari 2 mlm apa je yg bole di buat kan. Sedikit tips utk di kongsi.

Trasport - Pastikan guna taxi hijau kalu ke mana2. Rate dr Airport ke town center dlm VND70,000 or USD5-8. Setiap kali masuk taxi make sure meter mula pada 0.00. Dlm town rate first 2km = VND12000-15000.


Hotel - Banyak, jgn susah hati, tapi better book dulu sebelum pergi. Tp kami kan 'Geng Redah' eheee. Hotel sini below 4 star tk pakai credit card/deposit, tapi kena surrender passport sampai check out. Hotel yg kami stay Lucky hotel jauh skit dr Ben Thanh. 2nd nite stay kat Song Anh hotel (new concept hotel) not bad seblah market je (view website http://www.songanhhotel.com/). Rate pun murah jgk.


Food - Restoran halal ada tp pricely la skit. cuba cari Satay House (35, Mac Dinh Chi), Bon Mua (Four Seasons- 2, Thi Sach Street). Bombay (depan Sheraton Saigon~Don Du Street).

Shooping - Selain Ben Thanh, ada Russian Market (Thoung Xa Tach atau Satra). Kedai2 sepanjang Le Loi Street dgn Dong Khoi Street (mahal skit). Tp kebanyakkan malaysian suka ke Ben Thanh. Dtg sini je sume ada. Tapi yg dtg ke Vietnam matlamat shopping pegi la survey kat sume tempat shooping ni.

Tempat melawat - Dlm Ho Chi Minh ada Museum Ho Chi Minh, Opera House, War Museum (Le Van Sy Street) & China Town (District 5). Luar Ho Chi Minh bole ke Chu Chi Tunnel (1/2 day tour) or Mekong Delta (1 day tour).

Reminder - a) Please be streetwise, jaga barangan beg, kamera, handphone dan kalau streetvendor/beggars persistently nak kacau, just ignore and walk away.
b) Hati2 lintas jalan sebab banyak motor. Lintas slow2, jgn lari. Stop tengah2 pun takpe sebab motor kat sini slow je and go around you.
c) Nak tukar duit, pegi ke Money changer dlm kedai emas. Pd pendapat aku guna VND lagi murah berbanding USD. Tp ada setengah pendapat kata USD lagi byk boleh beli. So kena la pandai buat kira2 sendiri. USD tk memeningkan kepada, VND nilai besau2.
d) Hati2 juga masa tawar menawar, ada penjual yg garang. Kami dah terkena, promoter perempuan. Baru tnya harga T Shirt. Then kami kata ok just to know the price. Trus dia marah & argue with us. Cis...Tp ada yg sgt friendly, siap bole ckp melayu lagi.


Tu je la skit info yg dpt bg, selebihnya alami lah sendiri. Lain org lain pengalamannya. Special thanks to my buddy for this fun holiday...

Next destination kita pergi lagi ye...

Bye Vietnam

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...