Unta & Muzium 2 Masjid

Macam lah tak penah tengok unta kan. Ziarah tambahan ini termasuk melawat muzium, nak tak nak kena la melawat unta juga.

Turun je dari bas, semerbak bau unta. Lagi2 bila dituip angin bau terus terlekat dalam lubang hidung.

Pengalaman di sini boleh rasa sendiri kesegaran air susu unta. Segar dari ladang!. Tapi aku tak minum susu rasa rugi le pulak. Kena rasa juga kalau tak menyesal. Kat m'sia mana nak dapat susu asli gini. Boleh lah tekak nak terima.

~Pak Arab gi perah susu~
~Tadaaa....dh siap. Buih lagi.
Awek 2 org kat seblah tu bakal model iklan susu unta ahaa~

~Berebut2 pulak nk susu unta.
Tgk ustaz steady je sengih sorang2~
~Tak lepas untuk bergambar kenangan~

Lepas dah kecoh2 kat ladang unta. Borong susu untuk sebotol 5 Riyal. Aku pun turut terjebak. Kononnya nk bwk balik ke M'sia. Tak tahu boleh tahan atau tidak. Kami bergerak ke muzium. Pilihan ziarah terakhir. Sebab hari2 pulang ke tanah air makin dekat.

Muzium 2 masjid iaitu Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Nama pun muzium jadi di dalamnya terkandung semua barang2 sejarah lama. Untuk masuk ke sini setiap rombongan perlu tunggu sehingga rombongan yang ada di dalam muzium selesai baru lah rombongan seterusnya masuk. Keluasan muzium yang agak sederhana tidak membenarkan ramai pengunjung. Masa lawatan cuma di beri selama 20 minit.
Mana lah cukup untuk aku hayati barang2 sejarah. Nak baca fakta, nak tangkap gambar, nak sentuh, nak teliti..Snap mana yang menarik sahaja. Byk yang menarik tapi tak sempat.

~Foto klasik Masjid Nabawi~

~Foto klasik Masjidil Haram~

~Telaga zam-zam yang asal~

~Pintu Kaabah lama~

~Pancur emas~
~Ukiran batu nama Allah, Muhammad & para sabahatnya~
~Salah satu tiang yg ada di Masjidil Haram~
~Bekas tapak kaki Nabi Ibrahim~
~Yg ni tak ingat ukiran apa~
~Bersama Roha yg ceria~

Ziarah ini menamatkan kembara penyucian jiwa di tanah suci. Moga segala ibadah sepanjang di sini di terimaNya. Moga2 dapatlah jejak kan kaki berkali2 pada masa akan datang. InsyAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN