Posts

Showing posts from September, 2010

Unta & Muzium 2 Masjid

Image
Macam lah tak penah tengok unta kan. Ziarah tambahan ini termasuk melawat muzium, nak tak nak kena la melawat unta juga.

Turun je dari bas, semerbak bau unta. Lagi2 bila dituip angin bau terus terlekat dalam lubang hidung.
Pengalaman di sini boleh rasa sendiri kesegaran air susu unta. Segar dari ladang!. Tapi aku tak minum susu rasa rugi le pulak. Kena rasa juga kalau tak menyesal. Kat m'sia mana nak dapat susu asli gini. Boleh lah tekak nak terima.
~Pak Arab gi perah susu~ ~Tadaaa....dh siap. Buih lagi. Awek 2 org kat seblah tu bakal model iklan susu unta ahaa~
~Berebut2 pulak nk susu unta. Tgk ustaz steady je sengih sorang2~ ~Tak lepas untuk bergambar kenangan~
Lepas dah kecoh2 kat ladang unta. Borong susu untuk sebotol 5 Riyal. Aku pun turut terjebak. Kononnya nk bwk balik ke M'sia. Tak tahu boleh tahan atau tidak. Kami bergerak ke muzium. Pilihan ziarah terakhir. Sebab hari2 pulang ke tanah air makin dekat.
Muzium 2 masjid iaitu Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Nama pun muzium…

Ziarah Gua Hira'

Image
Bagi yang ingin cabaran boleh lah daki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira'. Bayaran tambahan dikenakan. Kerana ini semua bukan dalam pakej umrah. Buat apa lepaskan peluang emas ni hanya kerna tidak mahu keluarkan sedikit duit. Selain duit kudrat pun kena kuat juga. Nama pun aktiviti daki jadi tenaga yang ada mestilah 100%.Gua Hira' adalah tempat di mana Rasulullah s.a.w. menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas solat Isya'. Ikut jadual asal 10mlm bertolak tapi ada masalah pengangkutan jadi agak lewat bertolak. Sesampai di satu perkampungan aku mendogak lihat tingginya Jabal Nur dalam kesuraman malam. Mampukah aku? Ya Allah permudahkan urusan kami.Dalam keadaan gelap kami mula mendaki. Dengan semangat yg tinggi aku gigih mendaki satu per satu. Sedangkan Siti Khadijah pada usia 40+ tiap2 hari mendaki inikan kami yang muda mudi ni. Tapi dalam group kami ada juga veteran yg usia cecah 60thn berjaya sampai ke atas.
~Beginilah laluan yang ada~
Akhirnya berjaya ke puncak,…

Ziarah Mekah

Image
Ziarah ke beberapa tempat menarik di Mekah. Antaranya Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina dan Ja'ranah
-Jabal Thur-
Tak jauh dari kota Mekah. Di sinilah sejarah Rasulullah dan Abu Bakar sembunyikan diri selama 3 malam dalam perjalanan berhijrah ke Madinah. Di sebalik Jabal Thur letaknya Jabal Nur. Dua2 merupakan bukit.
Kedatangan di sambut dgn unta. Unta tak mandi baunya semerbak eheeee..tk de la nk dekat dgn unta tu.


-Jabal Rahmah-
Seterusnya ke sini. Perlu daki bukit ikut anak tangga yang ada. Boleh tahan semput lah nak naik ke sini. Sepanjang nak naik tu byk peniaga dan peminta sedekah. Kadang2 peminta sedekah tu org yg sama kita jmpa di kota Mekah. Sampai kat sini pun boleh mintak sedekah. Bila dah sampai puncak berbagai ragam manusia. Ada yang solat sedangkan di maklumkan kat sini tidak boleh solat boleh jatuh hukum kurafat.
Selalunya org ke sini doa banyak-2. Cthnya mintak dpt jodoh. Aku ler mangsa keadaan. Kena perli dengan jemaah lain untuk tidak lupa d…