Makkah Al-Mukarramah

Pertama kali tgk kabaah tiada yang seindah ini di dunia. Mata yang layu boleh kembali segar. Mcm2 gaya jemaah yang ada di keliling Kaabah. Peluk lah...cium lah..menangis lah..Kadang2 try jgk untuk cium Hajar Aswad, bila dh dekat tetiba jadi takut sbb kena tolak..kena himpit. Tkde rezki.




Sepanjang di Mekah hati sentiasa seronok. Sentiasa berkobar-kobar hendak buat itu ini. Setiap kali masuk waktu solat berpusu-pusu ke masjid. Kalau lah perkara yang sama boleh di amalkan di M'sia.

Pilih lah sudut mana nak laksanakan solat. Luasnya Masjidil Haram tetapi tetap sesak dengan penghuni-2 masjid. Hari-hari aku langkah solo ke masjid, tiada berteman. Lebih senang dan mudah bila keseorangan. Hari kedua tempat pertama subuh aku terpaksa solat di basement. Sbb masih belum tahu selok-belok kawasan. Aku akan sentiasa ubah tempat solat sehinggalah aku jumpa tempat favaourite. Ke sini setiap kali masuk waktu solat. Ada aircond, senang nak amik air zam-zam. Amik wuduk pun guna air zam-zam. Indahnya...Sehinggakan pada satu malam aku terlena kat masjid lepas solat Isyak. Sedar2 terlepas waktu makan.

Hari pertama sampai di Mekah agak lengang. Tp mula sesak bila masuk hari Khamis, sbb negara-2 jiran mula datang ke sini. Caping buka pose sunat hari khamis. Jumaat dan hari seterusnya dah mula sesak dgn pelbagai bangsa. Pelbagai ragam dan karenah. Kita akan dapat lihat kat luar Masjid penuh sesak bila tiba waktu solat. Tak cukup kat dalam kat luar melimpah.



Dari apa yg aku tgk, jemaah yg ada di luar adalah dari negara-2 India, Pakistan atau senang kategori sebagai golongan sederhana. Boleh tgk dari segi pakaian dan cara percakapan berbanding jemaah di dalam Masjid semuanya anggun2. Memakai jubah-2 yg aku kira agak mahal juga. Berkelip-kelip.

Di satu lorong, di depan Masjid bila selesai waktu solat mula sesak dgn org ramai. Kat situ lah penjaja-2 'haram' dan peminta sedekah buat business. Amik kesempatan org yg nk balik ke hotel mesti lalu laluan tu. Aku mmg suka tgk brg2 yg di jual. Satu je perlu igt, nak beri sedekah pd kanak-2 kena hati2 sbb bila bg pd serorang akan dtg kanak2 lain meminta-minta. Kalau berkemampuan boleh shopping dalam mall kat depan masjid. Kat lorong ni byk jgk kedai2 jual barangan dan makanan.

Kalau ikut hati panjang berjela nak mencecah dalam entri ni. Tp rasanya cukuplah serba sedikit. Oh sambung skit nak cerita pengalaman apa yg kita niat Allah balas cash terus. Ada lah sekali tu gatal hati ni terdetik nk tgk bagaimana urusan jenazah di buat. Akhirnya pada satu mlm lepas Maghrib masa aku tggu seorang jemaah untuk sama2 selesaikan Sa'ie, tiba2 lalu depan mata jenazah di usung. Heheee amik ko nk tgk sgt kan. Tambah lagi last day sebelum berangkat ke Jeddah lalu berpusu-pusu jenazah di usung. Itu lah nak sgt tgk. Tp puas hati sbb aku dh tahu ke mana jenazah di bwk. Dan bagaimana pantasnya dorang uruskan. Betul la mcm mana yg mak aku ceritakan.

Tgk lah sendiri suasana siang dan malam di depan Masjidil Haram. Manalah tahu tenung lama2 gambar tu petanda tak lama lagi korang pulak utk ke sini. Insyallah.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN