Kembara paling best

Apa nak jd dgn aku ni..sungguh pemalas untuk update blog. Pemalas ke? bukan..tetapi kurang masa utk update blog. Bermakna ada kerja yg lebih penting utk dilaksanakan konon...

Kali ni aku nk kisahkan kembara yang paling best di dunia. Kesinambungan dari kembara jordan for last posting. Tak kira nk citer juga dlm blog walau pemergian dh berlalu 3 bulan. Tujuan bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi utk takbur dan bongkak tapi kan berkongi ilmu sgt di tuntut.

Tempat ini memberi ketengangan yang tak dpt di mana2. Alah tak kan tk tahu kot..Citer nak mula dah....

Selamat tiba di airport Jeddah. urusan kemasukkan kat imigresen dgn hati yg berdebar. Mana tak aku dh ler menumpang mahram. Selain aku ada lagi 4 org senasib. Bila tiba giliran kami pegawai imigresen tu geleng kepala sambil kata "MasyALLAH". Maknanya dia terkejut mahram pakcik tu ramai. Alhamdulillah lepas. Ikut kata ustaz kat sini strict skit nk lepas imigresen.
Tunggu pulak urusan beg. Dah selesai baru lah lega nk kuar dari kawasan imigresen. Bila nak keluar dari gate tetiba aku jd panik. Sebabnya ada jemaah yang serahkan passport pd pegawai yang jaga gate. Eh nape sewenang-wenang bg passport kat org tk di kenali. Hati aku was-was tp tangan tetap serah kan passport. Akhirnya baru aku teringat yang ustaz ada berpesan tadi mmg kena serah passport pd pegawai imigresen. Hahaaa....gelak sorang2. Cuak di buatnya.

Yelah mana tak cuak dh ler dtg sini lone ranger. Hah padan muka. Mmg pd mulanya agak ssh tp lama kelamaan dh boleh terima keadaan yang nnt mati akan keseorangan jua. Anggap jemaah ini adalah keluarga sendiri.

Masing2 dgn keluarga, anak2, ibu & bapa, suami isteri, bila paling & tanya aku..."Saya seorang je. Mak & ayah dh penah dtg. Mereka nak buat haji jd kumpul duit utk haji lah" Itu je jawapan yg aku ada. Lantas dpt pujian "alhamdulillah...muda2 dh dtg sini. Seorang diri pulak tu" sambil dlm hati aku menyahut "Alhamdulillah...tp saya tak muda lagi...eheee".

Lega hati bila segala urusan kat sini dh selesai. baru le bole senyum. lepas ni perjalanan lebih kurang 4-5 jam ke destinasi seterusnya menaiki bas. Jam dah pukul 1am. Mata dh mula layu. Sunyi sepi dalam bas. Masing-2 dh melayan mimpi. Kepenatan...


"keluarga yg ditinggalkan"


"sibuknya airport jeddah"



"senyum lega"

4 comments:

  1. bestnya dh jejak sana.. pasni leh wat haji lak leen.. insyaAllah..
    doakan kami jugak ye.. :)

    ReplyDelete
  2. itu target b4 40 Insyallah. ada ruang & peluang mesti dpt lah ina pegi

    ReplyDelete
  3. apsal cenonet nau citenya.. baru nak layan.. e eh.. da abes da..

    ReplyDelete

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...