Posts

Showing posts from August, 2010

Makkah Al-Mukarramah

Image
Pertama kali tgk kabaah tiada yang seindah ini di dunia. Mata yang layu boleh kembali segar. Mcm2 gaya jemaah yang ada di keliling Kaabah. Peluk lah...cium lah..menangis lah..Kadang2 try jgk untuk cium Hajar Aswad, bila dh dekat tetiba jadi takut sbb kena tolak..kena himpit. Tkde rezki.



Sepanjang di Mekah hati sentiasa seronok. Sentiasa berkobar-kobar hendak buat itu ini. Setiap kali masuk waktu solat berpusu-pusu ke masjid. Kalau lah perkara yang sama boleh di amalkan di M'sia.
Pilih lah sudut mana nak laksanakan solat. Luasnya Masjidil Haram tetapi tetap sesak dengan penghuni-2 masjid. Hari-hari aku langkah solo ke masjid, tiada berteman. Lebih senang dan mudah bila keseorangan. Hari kedua tempat pertama subuh aku terpaksa solat di basement. Sbb masih belum tahu selok-belok kawasan. Aku akan sentiasa ubah tempat solat sehinggalah aku jumpa tempat favaourite. Ke sini setiap kali masuk waktu solat. Ada aircond, senang nak amik air zam-zam. Amik wuduk pun guna air zam-zam. Indahnya.…

Umrah

Image
11pm mula gerak ke Masjidil Haram.

11pm keadaan sekeliling masih sibuk. Aku rasakan mmg sentiasa sibuk lah. Jantung ni berdebar lagi. Makin nak dekat masjid makin laju lah degupan. Rasa jantung nak terkeluar je.
Ya Allah permudahkan urusan hamba Mu ini. Amin
Terpana dgn senibina masjid. Depan mata. Alhamdulillah.


Aku ke mana je akan usung kasut. Sumbat dlm beg. Sejuk mata bila pertama kali tgk Kaabah. Keadaan dh beza. Dulu tk leh nak amik gmbr dpn kaabah pun. Sekarang teknologi dh canggih, phone pun ada kamera jd pak polis tk leh nk larang. Tp cuak gak. Tangkap gmbr pun cepat2 takut kena rampas kamera/phone sia2 je. Buat tawaf tk terasa 7 pusingan. Tak sama dgn penatnya jalan dalam One Utama.

Jgnlah isau, 1st time buat umrah ikut je apa mutawif tu baca. Semua ada dalam buku panduan. Selesai tawaf dgn mudahnya dan selesa trus ke Sa'ie.
Berulang-alik dr Safa ke Marwah sedikit mencabar fizikal. Kekuatan di perlukan di sini. Dgn semangat yg ada segalanya mudah. InsyAllah. Seumpama round sa…

Menuju Mekah

Image
Masanya dah tiba.

2.45pm bertolak ke Mekah. Journey 7 hours. Jauh tu. Camne lah rupanya pemandangan nanti. Tah-2 tido je dlm bas. Bukan bole percaya mata ni.
Kami akan miqat di Bir' Ali. Tetiba perut buat hal. Adoh! Jauh lagi ke Bir Ali ni? Sesampai je aku trus langkah besar2 ke tandas. Ramainya!!!!Nsb baik la auntie yg cuci tandas tu bg aku msk tmpt khas. Fuh lega. dlm keadaan kalut masih ada yg nk tlg. Alhamdulillah. Makasih lah makcik smbil hulur sedikit riyal.
Ini lah di katakan perut tak masuk U. Wrong time nk memulas. Kat hotel tak pulak nk meragam. Dh mula merungut ke aku ni? Astaga...
Kat sini la tempatnya semua jemaah akan solat sunat ihram dan trus niat ihram. Maka bila dh berniat kena la jg pantang larang ihram. Dh mula berdebar, takut terlanggar pantang tak sia-sia byr dam.
All the way to Mekah, yg aku nmpk cuma batu-bata keras kiri kanan. Tkde pemandangan menarik. O lupa yg aku kat tanah arab bukan kat Switzerland.
Stop lagi kat satu tempat namanya Wadi Qudad (maaf le ye ka…

Salam terakhir buat Madinah

Image
Setiap pertemuan pasti akan berpisah. Begitulah kisah ziarah di kota Madinah. Walau cuma 2 1/2 hari di sini byk perkara baru yg di belajar.
Lepas ziarah terakhir kami bergegas ke hotel. Packing dan bersihkan diri untuk ke Masjid Nabawi kali terakhir. Ucapan salam kepada nabi junjungan semoga aku dpt dtg lagi menziarahi beliau di sini. Ku panjatkan doa. amin.
Mcam2 dh dilalui. Dgn pelbagai karenah manusia. Mcm2 gaya solat smp kan hilang kusyuk solat aku. ahahaa. Pengalaman solat subuh yg melucukan. Mmg berbeza dgn apa yg di amalkan. Apa pun aku dh belajar sesuatu yg baru.
Apa yg penting dalam buku panduan semua dh tertulis cuma kdg2 terlepas baca je.
Jd sebelum meninggalkan jejak di kota ini aku abadikan kenangan di dpn Masjid Nabawi. Akhirnya aku berjaya snap gmbr dgn pertolongan penjual di situ. Main belasah je aku. Nasib baik la tak malang sbb aku terlupa yg bwk kamera, masa nk enter masjid pengawal dpt kesan kamera aku. Ada ke dia halau suh aku balik hotel simpan kamera. Jgn hrp la...a…

Ziarah terakhir di Madinah

Image
Ziarah pilihan Kilang Al-Quran dan Lapangan Magnet. Untuk ziarah ini perlu byrn tambahan SR20. Takpe keluarkan ongkos.
Lapangan magnet. Menurut citer mutawif kami, tempat ni adalah penemuan baru. Lebih kurang tahun 2005 (harap ingatan aku betul lagi ehee). Di sini tarikan magnet sangat kuat sehingga kan setiap kenderaan yang melalui kawasan ni tak perlu tekan pedal minyak. Kenderaan bergerak sendiri. Kuasa tuhan.
Kalau lah kat KL ada tarikan magnet tk ler lenguh kaki aku nk drive kete. Silap2 semua kete berlanggaran heheee.
Sebagai bukti pemandu bas kami tunjukkan eksperimen. Mmg benar. Aku tgk sendiri bas bergerak sendiri tanpa tekan pedal minyak. Magic!. Kuat gak tarikan. Sbb bas meluncur laju. Seram pun ada.
Kiri kanan kawasan penuh bukit-bukau, batu-2 keras. Cuasa panas. Tapi ada satu kawasan sekitar tu suhu agak sejuk. SubhanAllah. Tiada apa lg yg menarik sekitar sini.

~Panas~


~pemandangan yang boleh di pandang~



~bukit di belakang nun kalau tgk betul-2 ada ukiran perkataan ALLAH~



~kenan…

Ziarah lagi

Image
Tiba masa untuk ziarah luar. Ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Jabal Uhud, Bazar kurma & ladang kurma. Tempat pertama di tuju ke Masjid Quba. Tak jauh dari kota Madinah. Rasanya dlm 3km. Sejarah yag di ketahui, ia merupakan masjid pertama yg di bina oleh Rasulullah s.a.w semasa baginda selamat tiba di Madinah. Solat tahiyat masjid dilaksanakan sesuai dgn firmanNya
"sesungguhnya masjid yg didirikan atas dasar takwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya..." (al-Taubah : 108) ~Masjid Quba~
Selesai solat & posing (harus ni), ke masjid Qiblatain. Tidak singgah hanya lalu sahaja sekadar melihat dari bas. Begitu juga dengan Masjid Tujuh. Masjid Qiblatain sejarah nama kerana peristiwa 2 kiblat, turunnya perintah Allah s.w.t agar Rasulullah s.a.w menjadikan Kaabah arah kiblat menggantikan Baitul Maqdis. Bagi Masjid Tujuh pula kini hanya terdapat sebuah masjid sahaja yang ada untuk di ziarahi. Sejarahnya agak panjang untuk di ceritaka…

Madinah Al Munawarah

Image
Perjalanan ke Madinah lebih kurang 3-4 jam dari Jeddah. Suasana sepi dan sejuk dalam bas. Lenguh tengkuk. Tak selesa tolak tepi asalkan mata terpejam. Hilangkan penat. Di pertengahan perjalanan jemaah berhenti untuk makan.

Makan?Alahai aku ni mengantuk tak lapar pun. Rezki jangan di tolak. Makan juga la. Nasi bungkus. Sedap tp tak dapat nk habiskan, terlalu banyak kuantitinya. Org Arab mmg mkn sebanyak tu. Aku Malaysian perut conet je.
Sesampai di Madinah azan subuh dah berkumandang. Melihat ramainya orang berpusu-pusu ke masjid. Alhamdulillah sampai juga aku di sini. Air mata dah bergenang. Terpegun tgk Masjid Nabawi. Nah depan mata.
Kami tak dapat nak solat subuh di masjid pagi ni sebab perlu selesaikan semua urusan bilik dan beg. Aku berkongsi bilik bersama seorang jemaah. Bilik katil 4 tp kami berdua. Selesa.
Selesai urusan dan bersarapan, semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk ziarah iaitu ziarah dalam. Bermaksud ziarah ke Masjid Nabawi. Disitu terletaknya makam Rasulullah s.a.w…

Kembara paling best

Image
Apa nak jd dgn aku ni..sungguh pemalas untuk update blog. Pemalas ke? bukan..tetapi kurang masa utk update blog. Bermakna ada kerja yg lebih penting utk dilaksanakan konon...
Kali ni aku nk kisahkan kembara yang paling best di dunia. Kesinambungan dari kembara jordan for last posting. Tak kira nk citer juga dlm blog walau pemergian dh berlalu 3 bulan. Tujuan bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi utk takbur & bongkak tapi kan berkongi ilmu sgt di tuntut. Tempat ini memberi ketengangan yang tak dpt di mana2. Alah tak kan tk tahu kot.. Citer nak mula dah....
Selamat tiba di airport Jeddah. urusan kemasukkan kat imigresen dgn hati yg berdebar. Mana tak aku dh ler menumpang mahram. Selain aku ada lagi 4 org senasib. Bila tiba giliran kami pegawai imigresen tu geleng kepala sambil kata "MasyALLAH". Maknanya dia terkejut mahram pakcik tu ramai. Alhamdulillah lepas. Ikut kata ustaz kat sini strict skit nk lepas imigresen. Tunggu pulak urusan beg. Dah selesai baru lah lega nk kuar d…