Kembara Jordan

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi memberi peluang untuk kembara lebih jauh. Rezki yang di kurniakan olehNYA di manfaatkan sebaik mungkin. Kembara kali ini memberi peluang untuk melihat sendiri sejarah peninggalan Islam. Tk pandai nk bercerita psl sejarah. Tapi dengan kembara ini secara langsung mula belajar sedikit demi sedikit. Kerana kembara hidup ini sebagai Islam masih perlu pembelajaran yang tiada henti.


Jordan-negara yang kecil. Hasil negara hanyalah dari Argiculture. Matawang tinggi. Bukan negara pengeluar minyak seperti negara-negara jiran. Suhu kat sini masa mula sampai sejuk. Tak tahu pulak sejuk. Panas tp udara sejuk. Best. Bukit bukau. Pembangunan tak tersusun. Messy.


Perkara yang dpt dr kembara ini...

~kisah teladan orang beriman yang dibalas dengan kebaikan. Ashabul Khafi yang di maksudkan. Kerana memperjuangkan iman mereka terhadap Islam, mereka (di maksudkan beberapa pemuda) di tidurkan selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Kemudian di bangkitkan setelah zaman pemerintah raja mereka yang kejam telah berakhir. Bagaimana kita perlu ingat setiap kebaikan @ perjuangan terhadap Islam akan mendapat balasan yang baik kelak. Kisah teladan ini ada di riwayatkan dalam Al Quran Surah ke 18-Al Kahf (bermaksud gua). Sila la baca ye.

Singgah sebentar di Makam Nabi Shuib. Dapat di bayangkan suasana perkampungan Nabi Syuib yang berbukit bukau, kampung yang aman...Tk perlu lah aku kisahkan di sini.

Akhir sekali perjalanan ke Laut Mati. Rasa jauh juga sebab lena selenanya dalam bas. Sesampai je kat sini. Sekali lagi kagum dengan keindahan laut.

~Pengajaran yang perlu kita ingat di mana orang yang ingkar kepada perintah Allah, ajaran yang cuba di sampaikan oleh Nabi Lut kepada kaumnya telah di balas dengan kehinaan. Kaum ini (Sadum) telah menerima azab dari Allah. Kaum ini hancur kerana amalan homosex. Perkampungan mereka telah diterbalikan. Sbb itu air laut mati masin semasinnya. Kalu ada yang cuba letak kat bibir akan rasa kebas. Kalu mandi kat sini secara automatik akan terapung. Yang tk tahu nk apungkan diri dalam air tk perlu risau. Menurut kajian terbaru ada 12 perkampungan yang di terbalikkan. Kat sini lah paras bumi yang paling rendah. Ye lah kan bumi di terbalikkan ke atas. Jd rendahlah...

Before we heading back to hotel. Singgah di gift shop. Boleh beli garam laut dan mudd.
Ikut hati banyak yang nk story mory. Tp tkpe dalam kembara lain yang lebih best. Kembara belum tamat.

Comments

  1. leen, rasa cam citer Jejak Rasul lak.. betul tu dr kita meneroka jauh2 baik kita jejak warisan islam peninggalan para anbiya dulukala.. dpt ambik iktibar & teladan skali.

    best kan? bila le turn kami sefamily pulak.. doa2kan ye :)

    ReplyDelete
  2. waa.. tetibe rase mcm tgk rncangan jejak rasull.. rase mcm bulan pose kak leen.. adehh.. :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya.
    doakan kami berdua pula murah rezki nk jejak tpt2 mcmnie..

    ReplyDelete
  4. jejak rasul musim baru...

    sara : akk dh doakan. rezki tu ada cuma lmbt & cpt je

    ReplyDelete
  5. yela, ateh dah rasa macam tengok jejak rasul la pulak..ko g la apply jadi hos jejak rasul, puasa dh nak dekat dh nie..

    ReplyDelete
  6. yolah..future karier aku bakal gantikan hos jejak rasul tu nnt

    ReplyDelete
  7. ko jeles. ada angan2 ada lah cita2

    ReplyDelete
  8. https://www.facebook.com/KembaraKauAku

    jemput tuan blog share kembara luar negara di page kembarakauaku, saya pun ada juga share penglaman kamu di luar negara agar bermanfaat kepada semua ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN