Book of the month

Nape aku pilih tajuk tu? Alah saje je nk sharing knowledge dgn buku2 yg aku baca.

Elok gak kan kalau every month blog ni aku selitkan review tentang buku2 yg aku baca. Agaknya lah dpt ke aku komisen dr writer buku? MasyAllah niat yg baik tadi telah bertukar jd tk baik dlm sekelip mata shj. Itu lah cth perangai manusia yg sentiasa inginkan sesuatu balasan dunia utk kebaikkan yg dibuat. Dapat pembalasan direct drNya baru tahu langit tinggi or rendah.

Isnin lalu. Ada tugasan di S.Alam jd aku ambil kesempatan meninjau-ninjau kedai buku kat kompleks PKNS. Agak lama juga tk jejak kan kaki di sini. Rasanya thn ni baru kali ni aku ke sini. Maaf lah kalu aku bohong. Bkn niat nk bohong tp mungkin lupa....

Dlm masa yg singkat aku belek2 buku. Duit dh lah tinggal cukup2 je utk mggu ni. Hati dh meluap-luap dok hasut aku suh beli. Aisey time2 nk belek buku ada byk plak incoming call. Kacau daun betul...bikin spoil mood je. Alamak best plak buku ni. Ayoyo RM65. wat congak kasar. Math lembab skit. Bedal je lah. Duit leh cari ilmu susah nk cari..

Itu baru buku pertama. Iskh gatal betul mata ni dok melilau ke rak yg lain. Kaki ni pulak menyokong sama. Tangan pulak main kan peranan lah dok selak2 buku. Habis je baca bab 18 buku kedua trus aku amik dan ke kaunter bayar. Jgn fikir2 lagi.

Hasilnya 2 buku lagi aku beli. Ada 2 buah lg kat umah masih merangkak2 nk habiskan ditambah lagi. Nampak mcm tamak je kan?? Hahahaha. Hobi....

Wahai pembaca blog ni aku menyeru kalian semua utk membaca sama buku yg aku beli ini. Tp blog aku jgn lah tk baca ye...Buku2 ilmiah ini sgt membantu kita utk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Penting bagi kita melengkapkan diri utk menuju ke Destinasi yg paling di takuti oleh umat manusia.

Jadi harapan utk sama2 ingat-mengigati sesama kita dpt menyuluh & menerangkan perjalanan kita ke Destinasi itu. Yang pasti....

Buku pertama
Tajuk : 99Q Kecerdasan berasaskan Asmaul Husna-membuka pintu keajaiban melalui nama-nama mulia Asmaul Husna (AH)
M/srt : 722
Harga : RM65 (masih mampu dibeli. Baju yg mahal pun sanggup kita beli....)

** Ia menerangkan teknik dan rahsia bagi manfaatkan AH dlm meningkatkan kecerdasan drp segenap aspek. Istimewanya setiap nama-nama Allah dibincangkan secara komprehensif dgn rujukan daripada tokoh-tokoh ulama Islam terkenal. Juga, panduan khusus mengenai teknik mengamalkan AH dalam hidup seharian. Setiap nama-nama itu disusun bagi penghayatan setiap hari selama 99 hari dalam kehidupan seorang Muslim.**
Buku kedua
Tertarik dgn cerita kawan ttg penulis ini tak sangka selain buku Travelog Haji penulis menulis buku lain juga. Travelog Haji mmg slalu aku nmpk di rak kedai buku. Tak terlintas utk beli mungkin hati ini selalu berkata2 "belum dpt seruan haji lagi..."

Tajuk : Travelog Dakwah - Meniti hari esok
M/srt : 154
Harga : RM 18 (lagi murah kalu tk mampu nk beli aku tk leh kata apa dah...)

**Mmg best. Penulisan yang agak menarik & mudah di fahami. Air mata kdg2 sewenang-wenang bertakung. Bacalah tidak rugi untuk memilikinya. Sama-sama kita hayati perjalanan seorang insan yg jahil mendapat petunjuk dan hidayahNya. Dia bergelar seorang professor tapi hanya mengenal huruf & ayat Al Quran pada usia 41 thn. Bagaimana dia perolehi di kisahkan pada setiap bab. Kalau lah semua bos-bos di Malaysia seperti dia aku lah pekerja yang paling setia dan ikhlas untuk bekerja dengannya setiap hari. Semoga Allah memberi rahmat kepada dakwah yang cuba di sampaikan. dan aku juga turut serta berdakwah walau perjalanan aku utk mencapai tahap seperti dia masih terlalu jauh dan besar jurangnya. Jgn tggu lagi beli, baca & hayati anda pasti tidak rasa sedikit pun kerugian memiliki buku ilmiah ini**

Selamat membaca dan terima kasih kerana terus membaca...

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN