Berakhirnya Ramadhan

Pejam celik dh abis bulan Ramadhan. Nk gak story mory psl kisah yg dh berlalu. Tak sempat nk update blog. Kesuntukkan masa.

Tp aku sedih skit sbb tahun ni amal aku kurang. Semoga aku bertemu Ramadhan yg akan dtg dan diberikan kelapangan dan kesihatan untuk aku ganti apa yg kurang tahun ni..

Alhamdulillah walau tk banyak amalan tp ada lah skit2 kerja kebajikan yg dibuat. Bukan lah nk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman je...

Ramadhan kali ni department aku berjaya mengutip derma utk di "hadiahkan" kpd anak2 yatim & yg susah. Projek ni dh lama aku plan akhirnya ada jugak yg sudi jalankan dan aku penyokong kuat ler. Harapan aku biarlah aktiviti ni dpt diteruskan walau bkn pd bln Ramadhan. Pd yg berminat boleh trus liase dgn pihak pengurusan. Semoga Allah merahmati kebajikan kita. Saling ingat meningati sebagai bekalan ke Destinasi akhir nanti.

Ramadhan kali ini juga kemalasan yg amat sgt utk buat kuih raya. Nk kata setan hasut semua dh di gari rupanya nafsu "M" lg dasat. Terok bebenor (org perak kata lah). Jd konklusinya kuih order je lah.

Ramadhan kali ni persiapan raya ala kadar je. Elok juga kan beli apa yg perlu bkn beli apa yg mahu. Jimat duit thn ni. Baju raya beli dh siap. Standby sbb rasanya tailor tk sempat siap. Apa nk jd dh 2 kali Ramadhan baju aku tk siap. Terok bebenor.

Akhirnya Ramadhan pun berlalu meninggalkan kita. Ada org yg sedih ada org yg gembira. Yang sedih golongan bertaqwa. Yang gembira golongan "berauta" (paham2 je la).

"Antara org kuat utk aktiviti ni. Sara & K.syima semoga apa yg kita buat ni diberkati dan
sebagai kenangan abadi kita. Mana lah tahu kot lps ni msg2 kerja di tempat lain"


**Sedikit info psl pusat jagaan ni. Locationnya terletak di area puchong. Yang kami pergi adalah asrama puteri. Asrama putera juga di Puchong tp area yg lain. Rumah ni di kawalselia oleh seorang ustaz muda bersama isterinya. Ahli keluarga rumah ini lebih kurang dlm 20 org. Jd bg sape2 yang berminat pada masa akan dtg bleh survey lebih info dlm internet. Semoga Rumah Amal Limpahan Kasih akan menerima kunjungan korang pd masa akan dtg. INSYALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN