Mengajar dan belajar

Misi hari kedua.... 
mengajar & belajar.

Hari ni bermulalah taklimat dan training di Jabatan Laut Sarawak. Sesi taklimat ku serahkan kepada wakil pegawai. Bilik yg dingin sgt tp soklan2 yg hangat. Mmg mencabar bila byk persoalan tp at least ada sesuatu yang kami belajar. Tp ada juga pertanyaan yang buat kami gelak dalam hati aje. Oh sungguh tk msk akal.Hikhikhik...




Sesi training aku dipertanggungjawabkan. CIKGU KASUT TUMIT TINGGI. Padan muka sape suh pakai kasut tu kesian kaki sbb kena berdiri sepanjang masa..Mengajar seberapa yang boleh dengan harapan mereka faham. Bahasa kitak dan kamik kan berbeza. Pemahaman sedikit berbeza. Sedaya upaya lah mengajar.

Bila ada event begini setiap masa makanan di hidangkan. Mmg best2 belaka kesudahannya perut aku meragam lepas kelas. Sian perut. Kejam betul aku ni menyeksa kaki dan perut.

Esok ada lagi kelas. Sambung esok ye tuan2 dan puan2.

Byk perkara yang kita tidak tahu kita perlu belajar. Byk perkara yang kita tahu org lain tidak tahu kita haruslah mengajar. Adil kan? Kesimpulannya kita perlu mengajar dan belajar.

Pada cikgu2 semua selamat mengajar dengan penuh dedikasi. Pada murid2 sekalian belajarlah selagi ilmu itu utk dimanfaatkan. Tiada kerugian mengajar dan belajar.

"Pemandangan dari tingkat 3 free2 time tangkap gambar"

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...