170609 : Jelajah satu dunia satu hari???

Bunyi tajuk kali ini macam menarik sahaja kan?Kalau lah betul kita boleh jelajah dunia dalam sekelip masa, alangkah indahnya. Tapi memang benar, bila aku jejakkan kaki di TAMAN TAMADUN ISLAM, TERENGGANU. Begitu mengasyikan melihat seni bina Islam. Keindahan Islam di depan mata kita. Tak sia-sia adanya taman seperti ini. Kita belajar dan tahu sejarah tamadun Islam walau semasa zaman "U" dahulu ada juga belajar tamadun Islam tetapi semua seni bina ini tiada dalam lakaran buku teks. Jadi bagi anda yang tidak pernah ke sini luangkan masa sedikit waktu untuk menghayati keindahan seni binanya.


Aku berpeluang untuk ke sini kerana urusan kerja. Ambil kesempatan selepas waktu kerja. Agak mengejar masa kerana sampai lewat petang. 21 negara perlu di jajah. Kawasan yang besar. Penat kaki. Dengan bayaran RM10 anda akan dapat sebuah Passport dan Kupon makan RM3. Berbaloi kan? Mulanya aku pelik kenapa perlu ada passport. Tapi lepas belek dan tengok isi kandungannya baru lah aku faham.


Memang menarik setiap satu monumen yang di buat. Terasa kita berada di negara tersebut. Real!Monumen yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofiskated.


Jom sama-sama kongsi ilmu yang aku dapat dari jelajah kali ini...


Xian Mosque, China

Masjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuk masjid ini kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat.


Kul Sharif Mosque, Kazan, Rusia

Pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union. Ia merupakan sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin.


Great Mosque of Agadez, Niger

Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk pyramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.


Kalyan Minaret, Uzbekistan

Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arslan-Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.


The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain

Al-Hambra (istana merah) merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354 M dibawah pemerintahan Mohamad bin Ahmar, raja Nasrid pertama.





Great Mosque of Qairawan, Tunisia

Dibina pada 670M oleh Uqba ibn Nafi, ia merupakan monument Islam tertua di Tunisia. Hari ini, setelah dibina semula sebanyak tiga kali masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.


Suleyman Mosque, Turkey

Masjid ini dibina pada tahun 1557M, dizaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmary, sekolah perubatan, hospital, kedai dan tempat penyimpanan senjata.


Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan.


Mosque of Mohamed Ali, Egypt

Juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak didalam pembinaannya. Masjid ini dibina oleh Mohammed Ali yang pada zaman pemerintahannya dianggap sebagai zaman pembaharuan Mesir.


Aleppo Citadel, Syria

Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria, kota ini membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.


Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

Masjid ini menempatkan tempat paling suci bagi semua umat Islam, iaitu Kaabah bermaksud “tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij”. Bangunan asal masjid dibina menggunakan batu biru yang terdapat di Lembah Hijjaz.


Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara cirri menarik makam berbentuk octagon ini ialah dua tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan jasad ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa.


Sheikh Lutfallah Mosque, Iran

Merupakan satu contoh senibina Islam yang terbaik dan dahulunya digunakan sebagai masjid diraja. Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al-Amili, seorang cendekiawan dan tokoh agama terkenal.


Great Mosque of Samarra, Iraq

Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya didalam Bandar tertua didunia, salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.


Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin

Dibina pada tahun 692 M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah.


Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673 M. Ia merupakan masjid yang terbesar pada zaman tersebut. Mengikut sejarah ia boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah.


Taj Mahal, Agra, India

Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai symbol kasih saying terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.


Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei.


Pattani Central Mosque, Thailand

Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit, masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thau dan mejadi pusat untuk upacara keagamaan.


Kudus Minar, Central Java, Indonesia

Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus (Ja’far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu dan Jawa. Paling ketara adalah menaranya yang berbentuk seperti Chandi yang kebiasaanya ditermui di kawasan kuil Hindu.


National Mosque, Malaysia

Dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap Perdana Menteri pertama. Bumbung utama merupakan lambang payung diraja yang terbuka dan menaranya pula adalah paying tertutup.



Masjid Kristal, Terengganu, Malaysia
Masjid yang dibina berasaskan kristal.


Selain dari yang ada dalam taman tadi. Kat luar pun banyak bangunan yang dibina bercirikan Islam. Masjid Kristal jangan di lupa. Pendek kata menarik lah di sini.



Macam dokumentari siri Jejak Rasul pula. Bakal menggantikan hos yang lama dengan rancangan yang baru dan hos yang baru. ME! hahaha mana lah tahu kan tukar profession pula.

Sempat lah juga menyinggah lihat sendiri stadium runtuh. Bangga betul rakyat Malaysia sebab yang pertama seumpama berlaku di negara kita. Buat malu rakyat je. Apa-apa pun banyak tempat menarik di Terengganu selain dari pulau-pulaunya yang sememang terkenal.


Na..na..na...Ganu kita!!!!

Comments

  1. Memang macam jejak rasul pun.. Nampak real pulak gambar-gambar tuh.. Tp gambar masjidil haram tuh,.. kelakarlah.. mungkin nampak ada dua gergasi kot.. Tp terima kasihla coz memasukkan gambar abang-abang nih!!

    ReplyDelete
  2. wow!, jelajah sakan...
    xD
    thanks singgah d blog ku

    ReplyDelete
  3. ak dah g hari tuh.
    terangganu besh ;)

    ReplyDelete
  4. walaupun i org tganu.
    tp x penah jejak lg nih..
    wahh..sungguh jeles!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN