Destinasiku Sabah : 290309-At the Peak

Jgn bersedih lagi...Jom continue our journey to Kundasang.

-->
Nape ada edisi khas psl park ni. Saje je. Tempat ni aku suka so special skit lah ada edisi khas. Akhirnya sampai jua ke sini. Di sini lah pendaki2 enter utk sampai ke puncak. U need to pay RM3 to enter into this park. Aku tercari2 mount kinabalu. Tkde pun…

"The Kinabalu Park - Malaysia's First World Heritage Site And Surrounding Attractions"

"Boleh ke aku cipta rekod begini????"

"Antara pintu masuk untuk pendaki"

By the time we reach here it’s already 12 pm. My lunch gone. A bit late. Later ok. Jom bwk reader rounding dlm park. Tunjukkan pada diaorg apa yg best sgt kat sini. Tkde yg menarik pun bg yg tk gemar ke kawasan begini. Tp utk aku mmg satu pengalaman yg best. Tempat ini lah aku idamkan sekian lama. Mendaki Gunung Kinabalu.

Seblom tracking biasalah acara wajib....bergambar


"4 unit heads yg menghilangkan diri ke sabah..membebel bos kami"

Bkn hari ni aku mendaki. Insyallah some other time. Hari ni nk bwk korang tgk track untuk mendaki. Hehehehe. Eh korang rasa tertipu? Mana ada aku tipu.

Nk hiking kena bayar lagi. RM5 per person. 2 trails lead to the top, the Summit Trail and Mesilau Route.

OTW jumpa air terjun tp bkn utk mandi.
Nak sampai ke 0.5km pun agak mencabar fizikal ku. Korang tgk lah aku pakai selipar je. Punyalah terror.

Ada beberapa pondok yg pendaki akan jumpa antaranya Pondok Kandis. Pondok pertama terletak pada aras 1,981.7m dimana bila cuaca cerah kita boleh lihat jalanraya yg menghubungkan Kota Kinabalu ke Taman ini. Tapi aku tk nampak pun...Maybe dah penat kot.
Selain pondok ni ada lagi 5 pondok Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Mempening, Pondok Villosa dan Pondok Paka. Kat setiap stop ni ada mcm2 jenis tumbuhan yg ganjil yg tk dpt kita tgk dlm hutan2 biasa.

Today kami akan mendaki sampai Level 1km je. Actually dgn bayaran RM5 td kami bleh mendaki until 3km. Tp sbb time limited stop kat 1km cukup lah. Dgr mcm mudah tp jauh beb. Sepanjang perjalanan sure berselisih dgn pendaki yg baru turun. At one time aku terserempak dgn sorang veteran ni umur dlm 60thn. Berjoging turun dr atas. Makkk aiiii. Dasatnya...Sempatlah berborak dgn dia.
Paling mengkagumkan bila tgk tour guide bwk brg2 pendaki. Fuh kuatnya otot dorang. Aku tggu gak kalu ada yg lalu bwk tong gas. Tkde lah pulak. Korang jgn percaya pd ckp tour guide ni. Bila di tanya jauh lagi kah? Dgn selamba depa jwb dkt je. Bila aku jln tk gak smp amik masa. Aku tertipu rupanya. Moral of the story depa tu dh biasa turun naik so dekat dan jauh sama je.
Service ambulan pun ada tau. Bg yg dh krem utk turun. RM200 per km. Kalau dr laban rata 8km korang kira sendiri lah totalnya. So stndby duit je bila mendaki.
Sronok giler dpt merasa track kinabalu. .

"Hebat tak?"


Ok lah aku dah penat. Tgk lah muka tu kebuluran. Lebih kurang 2 jam gak lah tracking. So bye2 Kinabalu. Wait for me next year. I'm ready for climbing....

1 comment:

  1. hebat.... hebattt ms moderator... tabik spring sket.. heheh..

    ReplyDelete

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...