Jalan-jalan cari makan…Seafood @ Jeram (17/1/09)

Bagi penggemar makanan laut a.k.a seafood boleh lah cuba kat Jeram nie. Memang berbaloi kalu nk compare dekat Pelabuhan Klang. Masakan pun not bad licin lah pinggan. Perjalanan mmg jauh skit tp apalah salah kan mencuci mata sepanjang perjalanan. Kalu ada kesempatan boleh lah singgah di Kampung Kuantan utk tgk kelip-kelip. Mmg menarik.

Kat sini hanya ada 2 restoran je. Pilihlah mana anda berkenan. Salah satu tu mengadap laut. Perghhh…bayangkan makan seafood sambil tu angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Tp jgn plak hati gundah gulana pikirkan Tsunami…Kang ada yg tercekik tulang. Hari tu kami order mcm2 menu. Ketam goreng cili, sotong goreng tepung, butter prawn, Siakap 3 rasa, Pari bakar, kerang bakar, air tembikai 1 jug. Semuanya hanya rm150 je utk 5 org. Tp ada skali tu kami makan dgn harga yg sama utk 7 org. Puas hati.

Ke sini dengan teman-teman seangkatan yang mengemari seafood. Memang tk rugi kalu belanja dorang nie makan sbb tkde pembaziran. Lagi sbb mkn free sedaplah kan. Jgn marah ye kwn2. Actually ke mari sbb tunaikan janji aku yg dh basi nk belanja Faridi. Dr dia berstatus bujang sampai lah bergelar suami tkde kesempatan pun nk belanja dia. Org Islam pegang pada janji kenalah tunaikan nnt jadi org munafik plak kan. Last day utk sama2 bergumira sbb next week pakcik nie akan ke Jeddah keje 2 thn kat sana. Makan sepuas-puasnya. Suami isteri nie mmg penggemar ketam. Korang tgk je lah gambar tu…Seronok tgk dorang makan. Sehati sejiwa. Tk byk gambar sempat snap.
"Pengantin baru"

Pada sape2 yang berminat nak layan seafood fresh boleh lah ke sini. How to go there??? Herrmmm aku pun tk reti nk bagi petunjuk tp korang leh ikut jalan kapar utk sampai ke jeram (kuala selangor). Korang boleh pilih samada Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram (03-32646102) or Aroma Ikan Bakar (017 3163117 Mohd Naim or 019 2084452 Hazura). Kedua-dua restoran nie terletak kat Jalan Jati, Pantai Jeram, Kuala Selangor.

Kalu korang ada tempat seafood yg menarik & berbaloi share lah kat sini.

"Antara fresh fish"

"Pemandangan laut..mendamaikan"

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN