Destinasiku Sarawak : Kuching...kamik datang lagi

Jom share antara tempat menarik di Kuching Sarawak. Tak boleh stay lama di sini..Boleh jadi sengal sbb town nya dah mati jam 6pm. So bayangkan abis je keje kitaorg terperap di hotel. Beza waktu 1 jam dari semenanjung. Mula2 dtg dulu asyik terbabas subuh je tapi kalau bulan pose mmg seronok berbuka awal.


Dah muak pula dtg sarawak. 1st jejak kaki ke sini dulu dengan duit sendiri. Masuk kali kedua dan seterusnya atas urusan keje. Sambil keje sambil makan angin.

Di Kuching ramai chinese, malay cuma 20% je kot if not mistaken. Kalau nak makan sedap2 makanan org melayu singgah ler di Kg Boyan seberang sungai je. Restoran Barok namanya. Naik perahu tambang 50 sen je. Di sini juga tempat famous kek lapis. Sedap dan fresh.

Ikan terubuk masin cari le kat Pasar Satok mcm2 size dan harga. Memang sedap. Pasar tak jauh pun dari bandar. Naik cab charge dalam rm10-12. Dekat Kuching ni main public transport adalah cab. Bas susah sikit.

Sewaktu keje di sini paling jauh bertugas adalah ke Puncak Borneo. Memang jauh. Tapi best journey nya...


Window shopping brg craft cari je di sepanjang Waterfront semua ada, Bab penginapan don't worry melambak hotel sekitar bandar dari 5 star until no star.

Nak rasa bayu laut di kelilingi gunung boleh ke Damai Laut Resort. Menginap di sini best. Lebih kurang 30-40 min dr bdr Kuching. Dapatlah tgk kaki Gunung Santubung.

Jangan lupa untuk cuba Laksa Sarawak. Memang umppph!

Dapat round kawasan UNIMAS seronok. Tenang. Sape blaja sini mesti dapat pointer tinggi.

Banyak sungguh roundabout di Kuching ni. Papan tanda arah boleh pulak di bawah. Pening juga kejap cari lokasi.

Ke Taman Negara Kubah pun ok. 

Nak tengok orang utan pergi ke Matang Wildlife Centre. 


Ini antara tempat yang sempat jelajah. Pergi lah ke mana je anda suke.

No comments:

Post a Comment

Marathon : Day 2 - Samosir Lake Toba Ultra 2017

Cuaca sangat sejuk. Seperti biasa liat bangun untuk bersiap sedia. Perlu keluar seawal pagi kerana perjalanan dari homestay ke tempat larian...