LANGKAWI : A day trip

Here we go...Setelah sekian lama teringin ke sini akhirnya tercapai jua keinginan. Sehari pun cukup lah kan asalkan bila org tanya jawapannya YA..Ke sini pun tk di rancang. Saje2 ckp kosong dgn team mate sewaktu bertugas di utara. Elok sgt Kedah tk keje hari sabtu aku pun amik kesempatan lah. Team mate lak bg green lite wah exited...Terlebih sudah.

Dataran Helang
Seblom subuh dh bgn nk bersiap & solat untuk ke jeti. Nsb mmg baik elok sampai feri pertama dh nk berlepas...Pergh semput berlari..lebih kurang 90 min lah nak smp ke destinasi dari Kuala Kedah. Kalu dari jeti Kuala Perlis cuma 45 min je.

Sedikit sejarah tentang nama langkawi "Kombinasi dari perkataan Melayu Lang dan Kawi. Lang bermaksud helang coklat dan kawi ialah mangga batu tempatan. Menurut lagenda seorang nelayan telah melihat seekor helang terbang lalu menyambar mangga." Agaknya korang tau tk asal usul nama korang???

1st yg perlu buat sesampai kena lah cr keta sewa. Nego harga dpatlah sewa iswara dgn harga rm50 sehari. Start engine..baru kuar parking enjin mati. Pulak dah col ler owner tu inform mnyak hbs. Dtg pak lebai gatal hantar minyak. Aku rasa tk smp rm10 pun mnyk tuh. Konspirasi btl. Aku rasa sape2 yg ke sini sure ada pengalaman sama.

Tgglkan hal konspirasi yg penting kami kena kejar masa utk kelilingi Langkawi nie. Visit Makam Mahsuri.Entry fee rm5.Hermm tk interesting betul. Yg best ada perigi original wat bsh muka. Org pesan kalu dtg sini kena lah bsh muka dgn air telaga nie wat seri muka. Air semayang lagi berseri...
Makam Mahsuri
Telaga Mahsuri...action je tu aku mmg takut dgn perigi
Dalam rumah Mahsuri..dia hidang nie je utk aku

2nd place adventure skit ke Gunung Mat Chincang dgn ketinggian 705m dr paras laut. Tk perlu nk mendaki naik je cabel car hehehe. Tingginya nsb tk gayat. Dari atas boleh nmpk air terjun, air laut, pulau dayang bunting, pemandangan semua langkawi & kepulauan siam. Hebat betul Malaysia nie..kagum aku. Selain tu kalu ada masa gi lah Telaga Tujuh. 300 anak tangga utk daki sampai telaga. Terpulang pada anda lah yg menentukan...Hehehee With team mate Nisha and Tour Guide Tini...Tq pd korang merealisasikan impian ku
Air terjun di telaga tujuh
Pemandangan laut dari atas


3rd place singgah sebentar di Pantai Cenang nak rasa air laut langkawi.

4th place kami ke Padang Mat Sirat tgk beras terbakar TKDE pun...dh abis stok lah sbb dh tkde sumpahan kononnya. Sempat bershopping kain batik, pelekat, mnyak gamat, rokok dll .

5th place kembali ke Pekan Kuah nk shopping coklat. Tmpt famous & murah nk beli coklat Kedai Ismail Group. Selain tu sape2 suka dgn koleksi arcopal & sewaktu dgn nya ada kat sini duti free. Dh borong hbs kena lah return keta. Ok lah trip kali nie. Penat skit tp enjoy.

Tapi tempat yg plg aku nk pegi kat Langkawi nie actually kat Pulau Payar. Next travel log lah kot. Mudah-mudahan. My last advise org kata pegi time LIMA lg happenning.

Comments

Popular posts from this blog

Makan sedap?

It's PERTH

PULAU TIOMAN